MENGENAI PENGURUSAN & KECEKAPAN TENAGA DI SEDA MALAYSIA
Akta SEDA memberi kuasa kepada SEDA ke atas tenaga lestari termasuk kecekapan dan penjimatan tenaga.
“Sebuah akta yang menetapkan penubuhan SEDA Malaysia dan untuk menyediakan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa dan untuk perkara-perkara yang berkaitannya.”
“Tenaga lestari” bermaksud tenaga di mana, dalam penjanaannya, pembekalannya dan penggunaannya (permintaan), mampu memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan kemampuannya untuk memenuhi keperluan generasi masa hadapan dan termasuk tenaga boleh baharu.”
Visi SEDA Malaysia adalah untuk mempromosi perkembangan langkah-langkah tenaga lestari sebagai sebahagian daripada penyelesaian untuk mencapai keselamatan dan autonomi tenaga.
Pengurusan Tenaga
Secara amnya, pengurusan tenaga dapat digambarkan sebagai semua aktiviti untuk memastikan penggunaan tenaga yang cekap dalam organisasi dan ia diperlukan kerana pengaruhnya terhadap operasi dan aktiviti. Dengan kata lain, pengurusan tenaga adalah proses menguruskan penggunaan tenaga dalam organisasi bagi memastikan bahawa tenaga telah digunakan dengan cekap melalui penggunaan sistem pengurusan tenaga untuk mencapai hasil yang diharapkan dan untuk peningkatan prestasi penggunaan tenaga secara berterusan. Pengurusan tenaga dalam organisasi merangkumi semua aspek tenaga termasuk manusia dan peralatan dalam operasi harian tenaga menggunakan fasiliti. Manakala Pengurusan Tenaga Lestari adalah proses berterusan dalam menguruskan penggunaan tenaga dalam organisasi untuk memastikan bahawa tenaga telah digunakan dengan efisien menggunakan sistem pengurusan tenaga untuk mencapai hasil yang dihajatkan serta untuk peningkatan berterusan. Ini merangkumi semua aspek tenaga yang merupakan manusia dan peralatan dalam operasi harian kemudahan tersebut.
Kecekapan Tenaga
Kecekapan tenaga dapat ditentukan dengan menggunakan jumlah tenaga yang sama atau kurang untuk menghasilkan pengeluaran yang lebih baik atau menggunakan tenaga yang kurang untuk menyelesaikan tugasan yang sama atau untuk menikmati tahap keselesaan yang sama.