ICT Rendah Karbon | |
---|---|
Pengenalan | Program yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon dalam sektor ICT. Perkakasan dan sistem ICT mencatatkan penggunaan tenaga yang tinggi dalam bangunan. |
Objektif | • Meningkatkan pemahaman dan kesedaran penghuni dan pengurus fasiliti mengenai kepentingan pengurusan tenaga dalam sistem ICT dalam bangunan. • Menjimatkan perbelanjaan bil elektrik dan kos tahunan serta jaminan sasaran penjimatan tenaga. • Meningkatkan kemampuan sistem ICT hasil daripada penggunaan sistem taktikal dalam mengurangkan tenaga. • Meningkatkan kecekapan pengurusan tenaga sistem ICT di kalangan pemilik bangunan kerajaan. • Kerjasama orang awam dan swasta untuk menyokong sasaran pengurangan karbon sebanyak 40 peratus (%) / KDNK setiap tahun. |
Tujuan / Sasaran Untuk | • Pengurus Tenaga Bangunan, Profesional ICT • Pengurus Fasiliti, Jurutera, Pengurus Operasi • Perunding Tenaga dan Juruaudit Tenaga • Pegawai Kerajaan & Jurutera Kerajaan, Pengguna • Tenaga Pengajar ICT di Sekolah Rendah & Sekolah Menengah |
Program ICT Rendah Karbon
Selari dengan perkembangan agenda pendigitalan di negara kita, Kerajaan telah secara aktif mempromosi penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) di semua sektor, termasuklah di dalam bangunan. Oleh kerana perkembangan teknologi dan komunikasi yang pesat, sektor ICT dijangka tumbuh di antara 7% – 10% setiap tahun di Malaysia, ini akan meningkatkan penggunaan tenaga dalam bangunan. Penggunaan semasa tenaga dunia dalam ICT adalah sebanyak 4% dan dijangka meningkat kepada 8% menjelang tahun 2030. Di Malaysia, ICT menyumbang kepada 9.8% daripada GDP dan disasarkan untuk meningkat kepada 17% menjelang tahun 2020.
Pada tahun 2017, Pihak Berkuasa meneruskan kajian berkaitan projek-projek ICT Rendah Karbon iaitu:
- ICT Rendah Karbon – Kajian Garis Dasar Pusat Data; dan
- ICT Rendah Karbon – Kajian Garis Dasar Telekomunikasi
Beberapa potensi umum bagi kaedah penjimatan tenaga untuk pusat data adalah:
No. | PEMERHATIAN | CADANGAN PENJIMATAN TENAGA |
---|---|---|
1 | Titik tetap penyaman udara rendah (di bawah 19°C) | Menaikkan titik tetap suhu penyaman udara hingga 22-24°C |
2 | Rak perkakasan yang tidak digunakan untuk penggunaan slot | Menggunakan rak perkakasan untuk penggunaan slot |
3 | Ruang lantai yang luas | Mengurangkan luas ruang lantai dan mengasingkan perkakasan ICT bagi tujuan penyejukan |
4 | Ruang dinding permukaan kaca yang besar | Memasang penebat atau menutup panel kaca dengan papan pemisah |
5 | Ruang penyejukan “lorong sejuk” yang luas | Mengurangkan luas ruang rantai dan mengasingkan perkakasan ICT untuk penyejukan |
6 | Bekalan penyaman udara yang tinggi ke ruang M&E | Mengurangkan bekalan penyaman udara ke ruang M&E |
7 | Pengaliran udara tidak berkesan kerana penjajaran barisan rak yang tidak betul | Sejajarkan barisan rak perkakasan untuk pengaliran udara yang berkesan |
Laporan mengenai dua projek tersebut telah dibentagkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Malaysian Technical Standards Forum Berhad (MTSFB). Sebelum laporan tersebut, sebuah taklimat mengenai kajian garis dasar pusat data telah diatur kepada semua pihak yang berkepentingan dalam projek termasuk semua penerima dan Pihak Berkuasa. Pihak Berkuasa telah dianugerahkan sebuah geran dari SKMM dan MTSFB serta projek-projek tersebut diteruskan pada tahun 2017. Sebagai kesinambungan dari projek ini, sistem pengawasan Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) dalam talian akan dipasang di bangunan kerajaan yang berkaitan