Pihak Berkuasa sebagai salah satu agensi yang bertanggungjawab dalam menyediakan fasilitasi teknikal selain mempromosi tenaga lestari di Malaysia telah memperkenalkan langkah pengurusan tenaga di ibu pejabatnya yang terletak di Putrajaya. Inisiatif ini telah bermula pada tahun 2015 oleh pakar dalaman Pihak Berkuasa sendiri.
Pelbagai inisiatif pengurusan tenaga oleh Pihak Berkuasa telah banyak membantu pihak berkuasa dalam mencapai Indeks Bangunan Tenaga (BEI) di antara 61 ke 82 kWj/m2/tahun, jika dibandingkan dengan 220 ke 300 kWj/m2/tahun untuk bangunan tipikal pejabat di Malaysia dengan bil elektrik ≈ RM 2,000/bulan. Ini berkadaran dengan penjimatan sehingga 47,000 kWj setahun (dengan nilai anggaran sekurang-kurangnya RM 24,000 setahun) di samping mengelakkan pengeluaran karbon sebanyak 32 tan setahun. Ringkasan pencapaian BEI mengikut tahun adalah seperti carta di bawah: