Logam perak mempunyai 2 ciri: sama ada ia bersinar hasil penjagaan rapi atau kelam kerana terbiar. Warna perak menyampaikan mesej dua-arah buat SEDA:
Bulatan
Bulatan luar yang lebih besar melambangkan matahari yang merupakan sumber terbesar tenaga boleh baharu.
Bulatan di sebelah dalam yang lebih kecil melambangkan planet Bumi. SEDA mengingatkan bahawa segala usaha dalam melestarikan penggunaan tenaga memberikan impak di luar jangkauan negara; usaha-usaha ini sebenarnya memberikan impak ke seluruh ceruk dunia.
Sebuah bulatan tiada sempadan; ini mewakili usaha-usaha tanpa henti yang dilakukan SEDA dalam mengekalkan pembangunan tenaga di negara ini.
Warna Perak
Sekiranya inisiatif-inisiatif tenaga lestari dilaksanakan dengan sepenuh perhatian, maka usaha-usaha yang dijalankan Malaysia dalam mempromosi pembangunan tenaga lestari akan dicontohi. Sebaliknya, usaha yang tidak komited akan merosakkan imej negara.
SEDA diingatkan bahawa sebagai sebuah organisasi, reputasi SEDA akan bersinar atau kelam bergantung kepada usaha berterusan ahli dan para pekerja serta bagaimana mereka membawa diri masing-masing.