-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat tempatan yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar di Malaysia untuk menyertai Tender berikut:
No. Tender | Tajuk Tender | Kriteria Mandatori Syarikat |
Tarikh Iklan, |
SEDA(T)-06/2024 |
Kerja-Kerja Pengubahsuaian Di Bangunan Pejabat Baharu SEDA Malaysia, Blok 3517, Jalan Teknokrat 5, Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor |
Syarikat berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai:
|
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Kerja yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi SEDA(T)-06/2024: KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN DI BANGUNAN PEJABAT BAHARU SEDA MALAYSIA, BLOK 3517, JALAN TEKNOKRAT 5, CYBER 5, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan di tapak bina, Blok 3517, Jalan Teknokrat 5 Cyber 5, 63000 Cyberjaya, Selangor pada 30 Disember 2024 (Isnin), pukul 10:30 pagi. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 30 Disember 2024 (Isnin), pukul 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Satu salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK); dan
- Satu salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dalam Gred 6 atau Gred 7; Kategori: B; dan Pengkhususan: B04 (Kerja Am Bangunan); dan B07 (Hiasan Dalaman); atau B28 (Kerja Ubahsuai).
Borang Pembelian Dokumen |
Borang Pengesahan Kehadiran |
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Meja Tawaran Tender boleh dilihat di Lobi Pejabat SEDA Malaysia pada 24 Disember 2024 (Selasa) sehingga 20 Januari 2025 (Isnin) seperti ketetapan berikut.
Hari | Waktu |
Isnin hingga Khamis |
9:00 pagi – 1:00 petang |
Jumaat | 9:00 pagi – 12:15 petang 2:45 petang – 4:30 petang |
6. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara DALAM TALIAN sahaja. Dokumen Tender mula dijual pada 24 Disember 2024 (Selasa, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 20 Januari 2025 (Isnin, pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM300.00 (Ringgit: Tiga Ratus sahaja).
7. Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Tender (boleh dimuat turun di dalam laman sesawang www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di para 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada syarikat selepas semakan permohonan disahkan.
8. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Syarikat hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
9. Cadangan tawaran hardcopy dan softcopy (pendrive) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
10. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Tender selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
11. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
12. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
13. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.