SEDA Malaysia ingin mengumumkan bahawa program Net Energy Metering (NEM) 3.0 akan diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 50 MW untuk NEM Rakyat dan 300 MW untuk NOVA. Tempoh tawaran kuota NEM 3.0 akan diteruskan sehingga 30 Jun 2025 atau sehingga semua kuota habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Permohonan kuota tambahan ini boleh dimohon secara dalam talian melalui sistem e-NEM bermula pada 25 November 2024 (Isnin) jam 3:00 petang.
SEDA Malaysia menggesa semua Pembekal Perkhidmatan untuk memastikan bahawa permohonan NEM 3.0 yang dikemukakan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan permohonan ditolak. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kami di [email protected]
TAMAT.