-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada Syarikat/ Pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga | Tajuk Sebut Harga | Kod Bidang |
Tarikh Iklan, |
SEDA(SH)-17/2024 |
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH GUNA DAN MENYELENGGARA PERANTI RANGKAIAN ICT BARU |
210105 – |
Tarikh Iklan: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan (TOR) bagi Sebut Harga “MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH GUNA DAN MENYELENGGARA PERANTI RANGKAIAN ICT BARU”.
3. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 10 September 2024 (Selasa; jam 9:00 pagi hingga 4.00 petang) sehingga 20 September 2024 (Jumaat; jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Syarikat/ Pembekal hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] bagi menyemak kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia seda.gov.my;
- Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (beserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Borang Pembelian Dokumen |
4. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab Syarikat/ Pembekal. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada Syarikat/ Pembekal selepas semakan kelayakan disahkan.
5. Syarikat/ Pembekal hendaklah mengemukakan slip pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
6. Dokumen Meja Tawaran Sebut Harga boleh dilihat di Lobi Pejabat SEDA Malaysia pada 10 September 2024 (Selasa) sehingga 20 September 2024 (Jumaat) seperti ketetapan berikut:
Hari | Waktu |
Isnin hingga Khamis | 9:00 pagi – 4:30 petang |
Jumaat | 9:00 pagi – 12:00 tengah hari |
2:45 petang – 4:30 petang |
7. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup, dilakri (wax seal stamp) dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Syarikat/ Pembekal hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat/ Pembekal juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana Cadangan Tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
11. Syarikat/ Pembekal yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.