-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar dengan Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK SEBUT HARGA |
KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-02/2024
|
Perkhidmatan Pembekalan Sewaan Empat (4) Unit Mesin Fotokopi Bagi SEDA Malaysia Untuk Tempoh 33 Bulan |
020201 Mesin Mesin Pejabat Dan Aksesori
|
Tarikh Iklan: 16 Februari 2024 Tarikh Tutup: 23 Februari 2024 Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Pembekalan Sewaan Empat (4) Unit Mesin Fotokopi Bagi SEDA Malaysia Untuk Tempoh 33 Bulan.
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga, resit pembayaran dan dokumen sokongan iaitu Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui e-mel kepada [email protected] dan En. Mohd Herwan bin Husain ([email protected]).
Borang Pembelian Dokumen |
4. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 16 Februari 2024 (Jumaat, jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 23 Februari 2024 (Jumaat, jam 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my
5. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
6. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
(SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
7. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan nombor penjejak sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana- mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.