Merujuk kepada kenyataan media oleh YAB Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam pada 26 Januari 2024, program Net Energy Metering (NEM) 3.0 akan diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 100MW untuk NEM Rakyat dan 300MW untuk NOVA. Tempoh tawaran kuota NEM 3.0 akan diteruskan sehingga Disember 2024 atau sehingga semua kuota habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Permohonan kuota tambahan ini boleh dimohon secara dalam talian melalui sistem e-NEM bermula pada 5 Februari 2024 (Isnin), jam 11:00 pagi.