-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tawaran tender ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. TENDER | TAJUK TENDER |
KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(T)-05/2023
|
Pelantikan Perkhidmatan Perunding Bagi Penambahbaikan Pengurusan Modal Insan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia |
340101 atau
|
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Perkhidmatan Perunding Bagi Penambahbaikan Pengurusan Modal Insan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai tender ini dan akan diadakan secara bersemuka di Pejabat SEDA Malaysia, Putrajaya pada 10 Oktober 2023 (Selasa; jam 10:00 pagi). Syarikat boleh membuat permohonan melalui emel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2023 (Selasa; jam 9:00 pagi) dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my);
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Petender yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara dalam talian. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga, slip pembayaran dan dokumen sokongan seperti di perkara 3 termasuk resit pembayaran bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui e-mel kepada [email protected] dan En. Mohd Herwan bin Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia. Dokumen Tender mula dijual pada 3 Oktober 2023 (Selasa; masa 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 31 Oktober 2023 (Selasa; masa 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja). Borang Pembelian Dokumen Tender boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen |
Borang Kehadiran Taklimat |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab Petender. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Petender hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender dan slip pembayaran melalui emel kepada Pn. Nadiah Osaman [email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI MALAYSIA
(SEDA MALAYSIA)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup tawaran tender adalah dianggap tidak berjaya.