Tambahan 200MW kuota solar di bawah program NOVA dan 50MW di bawah program NEM Rakyat
Merujuk kepada pengumuman YB Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) semasa majlis pelancaran Malaysia Energy Transition Outlook (METO) pada 9 Mac 2023, SEDA Malaysia ingin mengumumkan bahawa tambahan 200MW kuota solardi bawah program NOVA dan 50MW di bawah program NEM Rakyat akan dibuat secara dalam talian melalui sistem e-NEM. Sila ambil perhatian, pelaksanaan program NEM 3.0 (NEM Rakyat, NEM GoMEn dan NOVA) akan berakhir pada 31 Disember 2023.