- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma audit yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountant (MIA) dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-04/2023
|
Pelantikan Firma Audit Bagi Pengauditan Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bagi Tahun 2021
|
Firma Audit berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountant (MIA) DAN Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
|
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Firma Audit Bagi Pengauditan Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bagi Tahun 2021.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (online) pada 6 Mac 2023 (Isnin) pada jam 11:00 pagi. Firma boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 6 Mac 2022 (Isnin), jam 10:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Sijil Pendaftaran Malaysian Institute of Accountant (MIA);
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Firma yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) firma yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian (online). Firma hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga, slip pembayaran dan dokumen sokongan seperti di Perkara 3 termasuk resit pembayaran melalui e-mel kepada Pn. Syaidatul Nur binti Shaharuddin ([email protected]), Pn. Nadiah binti Osaman ([email protected]) dan En. Mohd Herwan bin Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 27 Februari 2023 (Isnin, jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 13 Mac 2023 (Isnin, jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Kehadiran Taklimat |
6. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar melalui kourier ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. Firma hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Firma juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
11. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.