-
- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA TAJUK KOD BIDANG
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP
SEDA(SH)-15/2022
PERKHIDMATAN SKIM PERLINDUNGAN INSURANS BERKELOMPOK (TAKAFUL) WARGA KERJA SEDA MALAYSIA BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN BERMULA 1 JANUARI 2023 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia 221801
Tarikh Iklan:
6 Disember 2022
(Selasa)Tarikh Tutup:
12 Disember 2022
(Isnin)Masa:
12:00 Tengah Hari2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Skim Perlindungan Insuran Berkelompok (Takaful) Warga Kerja SEDA Malaysia Bagi Tempoh Satu (1) Tahun Bermula 1 Januari 2023 Sehingga 31 Disember 2023.
3. Pembelian Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian (online). Syarikat boleh membuat permohonan pembelian melalui emel kepada Pn. Syaidatul Nur Binti Shaharuddin ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]) dengan menyertakan bersama:
- Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan beserta Lampiran Kod bidang (MOF);
- Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Malaysia (SSM);
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my); dan
- Slip Pembayaran.
4. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 6 Disember 2022 (Selasa ; jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 12 Disember 2022 (Isnin; jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian
Dokumen Sebut Harga5. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL6. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar melalui kourier ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya7. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kourier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.