Sukacita SEDA Malaysia menjemput kontraktor elektrik berdaftar dan Energy Service Company (ESCO) yang layak untuk menyertai perolehan tender di bawah.
- Tawaran tender ini adalah dipelawa kepada kontraktor yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G5: Kategori Pengkhususan M01, E04, & CE21, Sijil Suruhanjaya Tenaga Kelas A, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB), & Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran tender ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG / KELAYAKAN |
TARIKH IKLAN DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(T)-03/2022
|
MEREKA BENTUK, MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI TERIMA DAN MENTAULIAH KERJA-KERJA RETROFIT DI BANGUNAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), IBU PEJABAT JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA (JPSM) DAN IBU PEJABAT JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) |
PERAKUAN PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) GRED G5: KATEGORI PENGKHUSUSAN M01, E04, CE21 DAN SIJIL SURUHANJAYA TENAGA KELAS A DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (CIDB) |
Tarikh Iklan:
Tarikh dan Masa Lawatan Tapak: DAN 16 OGOS 2022 (SELASA) Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi MEREKA BENTUK, MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI TERIMA DAN MENTAULIAH KERJA-KERJA RETROFIT DI BANGUNAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), IBU PEJABAT JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA (JPSM) DAN IBU PEJABAT JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN).
3. Sesi Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN kepada semua kontraktor yang ingin menyertai Tender ini dan akan diadakan pada 15 Ogos 2022 (Isnin) di FRIM jam 10:00 pagi, PERHILITAN jam 2.00 petang, dan 16 Ogos 2022 (Selasa) di JPSM jam 10:00 pagi. Kontraktor boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2022, jam 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G5: Kategori Pengkhususan M01, E04, CE21;
- Sijil Suruhanjaya Tenaga Kelas A;
- Sijil Perolehan Kerja Kerajan (CIDB);
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Lawatan Tapak (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat |
4. Kegagalan atau lewat hadir ke sesi lawatan tapak pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran kontraktor tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Kontraktor yang tidak menghadiri sesi lawatan tapak tidak layak menyertai tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat kontraktor yang berbeza.
5. Dokumen Tender hanya akan dijual bermula pada 28 Julai 2022 (Khamis) sehingga 15 Ogos 2022 (Isnin) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Penyebut harga hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G5: Kategori Pengkhususan M01, E04, & CE21, salinan Sijil Suruhanjaya Tenaga Kelas A, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB), dan salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan. Borang Pembelian Dokumen Tender boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal/syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran (dalam bentuk hardcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kourier, pihak kontraktor hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kourier. Kontraktor juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Tender selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
11. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.