- Tawaran Sebut Harga ‘B’ ini adalah dipelawa kepada syarikat/pembekal yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia mengikut kod bidang yang ditetapkan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ‘B’ ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA ‘B’ | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SHB)- 06/2022
|
PERKHIDMATAN PENCUCIAN DAN PEMBERSIHAN KARPET DI PEJABAT SEDA MALAYSIA |
221001 |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perkhidmatan Pencucian Dan Pembersihan Karpet di Pejabat SEDA Malaysia.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga ‘B’ adalah DIWAJIBKAN kepada pembekal/syarikat yang ingin menyertai Sebut Harga ‘B’ ini dan akan diadakan secara dalam talian (online) pada 13 Mei 2022 (Jumaat) jam 11:00 pagi. Pembekal/syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 13 Mei 2022 jam 10:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia;
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga ‘B’. (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga B |
Borang Pengesahan Kehadiran |
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran penyebut harga tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Penyebut harga yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ‘B’ ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Dokumen Sebut Harga ‘B’ hanya akan dijual bermula pada 10 Mei 2022 (Selasa) sehingga 20 Mei 2022 (Jumaat); jam 12:00 tengah hari dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ringgit Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga ‘B’ boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my). Pembekal/Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga ‘B’ dan slip pembayaran melalui e-mel kepada Pn. Syaidatul Nur Shaharuddin ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga ‘B’ akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS WORD selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan.
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ‘B’ ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal/syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga ‘B’ hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga ‘B’ disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga ‘B’ atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga ‘B’ adalah dianggap tidak berjaya.
11. Sebarang pertanyaan adalah melalui e-mel kepada [email protected].