Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia membeli-belah bersama Anak-anak Rumah Bakti Al-Kausar di Jakel Mall, Kuala Lumpur, pada hari ini sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Program “Shopping Raya” Anak-anak Bakti Al-Kausar itu merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh SEDA Malaysia yang dipanggil Tautan Kasih Ramadan SEDA Malaysia.
Program itu telah dihadiri oleh 30 orang anak-anak dari rumah anak yatim dan miskin yang terletak di Bandar Baru Bangi dimana mereka dapat memilih dua set baju raya sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) SEDA Malaysia Dato’ Hamzah bin Hussin menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan dan keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi mereka yang kurang bernasib baik, disamping menghidupkan semangat bersedekah di bulan Ramadan.
“Kami sangat berbesar hati dapat menganjurkan program CSR yang dapat memberi manfaat secara terus kepada penerima seperti program “Shopping Raya” pada hari ini. Kami akan menganjurkan program-program CSR yang dapat membantu perbagai pelosok komnti pada masa akan datang” ujar Dato’ Hamzah lagi.
Pengurus Rumah Bakti Al-Kausar, Haji Airol Faraqee Abu Bakar melahirkan rasa syukur di atas peluang yang diberikan oleh SEDA Malaysia kepada rumah tersebut. Sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat membantu berkongsi keriangan kepada
penghuni Rumah Bakti Al-Kausar pada Hari Raya ini.
https://www.femagonline.com/2021/05/seda-malaysia-rumah-bakti.html