Pembukaan semula kuota e-Dagang (Shopee dan Lazada) akan dilaksanakan pada 10 Februari 2021 (Rabu) pada jam 12:00 tengahari.
Permohonan e-Rebat RM200 melalui Shopee dan Lazada menerusi pembukaan semula kuota e-Dagang ini akan dijalankan secara first come, first served basis.
Sekiranya kuota e-Dagang telah habis digunakan selepas pembukaan semula kuota ini, pengguna digalakkan untuk membuat permohonan melalui Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrik yang berdaftar dengan SEDA Malaysia. Senarai Pekedai/Peruncit Peralatan Elektrik yang berdaftar boleh disemak melalui pautan di bawah.
Jimat Wang, Jimat Tenaga, Selamatkan Alam Sekitar.
Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) 2.0 merupakan sebuah program pemberian e-rebat sebanyak RM200 kepada mana-mana isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2021.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan SAVE 2.0 dan SEDA Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana.
APAKAH SAVE 2.0?
Sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang telah menjalani pengesahan pengujian prestasi peralatan cekap tenaga yang mendapat 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
OBJEKTIF
Objektif utama program SAVE 2.0 adalah seperti berikut:
* meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran; dan
* meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik.
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selamasatu (1) tahunbermuladariJanuarisehinggaDisember 2021.
Logo dan bahan promosi untuk program SAVE 2.0 hanya boleh digunakan oleh pekedai / peruncit peralatan elektrik (penyaman udara dan peti sejuk) 4 / 5 bintang yang berdaftar secara sah dengan SEDA Malaysia.