Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011. Peranan utama SEDA Malaysia adalah untuk mentadbir dan mengurus pelaksanaan mekanisme tarif galakan yang dimandatkan di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011.
Kami mencari individu yang berbakat, berdedikasi, bersemangat, inovatif dan bermotivasi tinggi untuk menyertai SEDA Malaysia. Jika anda menghargai suasana kerja yang pantas dan rakan sekerja cemerlang yang berdedikasi untuk membangunkan industri tenaga boleh baharu, ini mungkin peluang untuk anda!
Calon hendaklah seorang yang positif, analitikal dan berfikiran terbuka. Kemahiran berkomunikasi dengan baik adalah suatu keutamaan. Rakyat Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan bermotivasi tinggi adalah dipelawa untuk memohon jawatan kosong ini.
PEMBANTU AM SEMENTARA (TEKNIKAL), BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA (2 KEKOSONGAN)
Tempoh Kontrak: 12 bulan
Gaji: RM1,700.00/bulan
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia;
- Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya; dan
- Pengalaman 1-2 tahun dalam kerja teknikal diutamakan, tetapi calon tanpa pengalaman juga digalakkan memohon.
Kemahiran Teknikal dan Fizikal
- Pengetahuan asas pembaikan dan penyelenggaraan seperti membaiki dinding, paip, atau perabot;
- Mahir menggunakan alatan teknikal dan memastikan ia diselenggara dengan baik;
- Fizikal yang sesuai untuk kerja luar dan mampu mengangkat peralatan ringan; dan
- Pemahaman asas tentang prosedur keselamatan di tempat kerja.
Keperluan Lain
- Lesen memandu yang sah (jika diperlukan); dan
- Bersedia melaksanakan tugas ad-hoc seperti penghantaran barang atau pembersihan ringan.
CARA PERMOHONAN
Sila layari www.seda.gov.my untuk butiran lanjut mengenai pengambilan.
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar e-mel berserta sijil-sijil akademik ke [email protected]. Sila nyatakan jawatan yang dipohon ke alamat.
Ketua Pegawai Eksekutif
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia,
Galeria PjH, Tingkat 9,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
(Rujukan: Pengarah HRA)
Tarikh Tutup Permohonan: 23 Januari 2025
Nota:
- Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temu duga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang notis dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap diri mereka sebagai tidak berjaya.