En. Saiful Hakim bin Abdul Rahman
Pengarah, Bah. Perancangan Strategik
En. Saiful Hakim bin Abdul Rahman telah berkecimpung di dalam bidang berkaitan utiliti dan tenaga selama lebih daripada 28 tahun. Beliau memulakan kerjayanya dengan TNB sebagai pemegang biasiswa TNB dan berkhidmat di bahagian pengagihan (distribution) selama 17 tahun di mana ianya memberikannya pengalaman luas dalam perniagaan Rangkaian Pengagihan Beliau kemudiannya berpindah ke United Kingdom (UK) dan bekerja dengan Scottish and Southern Energy (SSE), salah satu daripada 6 syarikat utiliti terbesar di UK yang berpangkalan di Glasgow. Semasa di SSE, beliau terlibat dalam bidang Perancangan Perniagaan, Pelaporan dan Pematuhan Kawal Selia, Pengurusan Aset dan menyokong sambungan grid untuk Tenaga Boleh Baharu di dalam bidang Transmisi. Beliau turut bekerja rapat dengan OFGEM yang merupakan Pengawal Selia untuk syarikat utiliti di UK dalam tempoh itu dalam membangunkan Laporan Pengawalseliaan bagi Tempoh Pengawalseliaan RIIO-T1. Semasa bekerja di sana, beliau telah mengembangkan minat beliau terhadap bidang Tenaga Boleh Baharu. Kemudian, En. Saiful menyertai Landis+Gys AG, sebuah syarikat pengurusan tenaga yang berpangkalan di Switzerland yang membangunkan perniagaan mengenai penyelesaian pengurusan tenaga seperti pemeteran pintar dan grid pintar.
En. Saiful Hakim bin Abdul Rahman memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari University of Brighton, United Kingdom pada tahun 1993 dan MBA (Pengurusan Strategik) daripada Aston University, United Kingdom pada tahun 2011. Ketika beliau mengambil MBA juga, beliau turut menghadiri Audencia Business Sekolah, Nantes di Perancis bagi sesi kuliah.