14 Mei 2019 (Selasa) PUTRAJAYA: YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) hari ini telah melancarkan laman web Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang baharu yang menyaksikan paparan microsite Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan aplikasi kalkulator NEM.
Laman web baharu www.seda.gov.my direka untuk membolehkan orang ramai merasai pengalaman dan mendapat akses maklumat yang lebih terperinci kepada skim NEM dan program TBB di Malaysia.
YB Yeo berkata, sejak skim NEM ditambah baik pada Januari 2019, terdapat sambutan yang menggalakkan terhadap skim NEM ini.
“Sehingga 10 Mei 2019, sebanyak 16.6MW permohonan NEM telah diluluskan pada tahun 2019 berbanding 18.24MW pada tahun 2018,” kata YB Yeo semasa pelancaran laman web baharu di ibu pejabat SEDA hari ini.
YB Yeo berkata jumlah kuota yang diperuntukkan untuk NEM adalah sebanyak 500MW; dengan peruntukan bagi kategori domestik sebanyak 50MW dan kategori bukan domestik (terdiri daripada komersial, perindustrian dan pertanian) sebanyak 450MW.
Untuk paparan berita lengkap sila klik