Banner image
Kategori 1
PROGRAM NUR:DOMESTIK
TEKAN DISINI
Banner image

e-Rebat sehingga RM 400 untuk pengguna domestik

KINI DIBUKA

Kategori 2
PROGRAM NUR:PMKS
TEKAN DISINI
Banner image

e-Rebat sehingga RM 4,000 untuk PMKS

KINI DIBUKA

Apakah Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : CHILLER?

Program NUR:CHILLER adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM250/RT (maksimum sebanyak RM75,000) kepada pemilik syarikat yang menukar chiller baharu bagi tujuan comfort cooling pada tahun 2025.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai termasuk industri dan komersial terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
  • Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik, industri dan komersial;
  • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
  • Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan
  • Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama dua (2) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2026.

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : CHILLER

  • Keutamaan diberikan kepada sistem chiller yang telah beroperasi 10 tahun ke atas

  • Tahap kecekapan tenaga yang rendah berdasarkan Malaysian Standards: (MS) 1525

  • Tujuan penyaman udara (comfort cooling) terbuka kepada pemilik bangunan industri dan komersial di seluruh Malaysia

  • Rebat sebanyak RM250/RT (Maksimum RM 75,000 bersamaan 300 RT) bagi setiap pemilik bangunan

 

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : CHILLER

Terdapat dua fasa iaitu Fasa Permohonan dan Fasa Pelaksanaan.

 

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : CHILLER

Guide For NUR:Chiller
A1 Form
A2 Form
  • Pemohon perlu mengisi borang A1 dan A2 dan hantar kepada SEDA Malaysia.
  • Semua permohonan dan kelulusan rebat adalah bergantung kepada kelulusan Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Program NUR.

Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

DENGAN KERJASAMA:
SURUHANJAYA TENAGA (ST)

dan

ENERGY COMMISSION of SABAH (ECoS)

PROGRAM DI BAWAH:
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)
AGENSI PELAKSANA:
SEDA MALAYSIA

Sebarang pertanyaan yang berkenaan, hubungi

Pegawai Program NUR
Bahagian Pembangunan Fasilitasi dan Teknikal
SEDA Malaysia
03-8870 5864 / 5922 / 5853 / 5869
[email protected]
www.seda.gov.my/nur