Banner image
Kategori 1
PROGRAM NUR:DOMESTIK
TEKAN DISINI
Banner image

e-Rebat sehingga RM 400 untuk pengguna domestik

 

KINI DIBUKA

Kategori 3
PROGRAM NUR:CHILLER
TEKAN DISINI
Banner image

Rebat sehingga RM 75,000 untuk pengguna industri dan komersial (comfort cooling)

KINI DIBUKA

 

Apakah Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana?

Program NUR : PMKS adalah program yang dilaksana oleh SEDA Malaysia dengan memberikan e-Rebat sebanyak RM200 (maksimum RM4,000 bersamaan 20 unit barangan) kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang membeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2025.

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai termasuk industri dan komersial terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
  • Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik, industri dan komersial;
  • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
  • Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan
  • Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2025 hingga Disember 2025.

PAUTAN UNTUK PENDAFTARAN DAN TUNTUTAN : TEKAN DISINI

 

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana

  • Syarikat berdaftar di bawah SME Corp dan mempunyai Sijil Akuan Status PMKS (MANDATORI);

  • Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (Industri dan Komersial) di syarikat utiliti;

  • Maksimum RM 4,000 bagi setiap PMKS bersamaan 20 unit barangan pembelian (penyaman udara dan peti sejuk);

  • Pembelian pada tahun 2025 dan berdasarkan first come, first serve basis;

  • Tuntutan hanya boleh ditebus secara ONE-OFF sahaja; dan

  • Penyaman Udara/ Peti Sejuk yang mempunyai label 4/5 bintang.

PAUTAN UNTUK PENDAFTARAN DAN TUNTUTAN : TEKAN DISINI

PAUTAN UNTUK PENDAFTARAN DAN TUNTUTAN : TEKAN DISINI

 

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana

PAUTAN UNTUK PENDAFTARAN DAN TUNTUTAN : TEKAN DISINI

Recommended Purchasing Price (RPP) adalah harga untuk rujukan pembeli sahaja.

 

Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) : Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana

1. SLAID RUJUKAN BAGI NUR:PMKS
2. PANDUAN PENDAFTARAN NUR:PMKS
3. PANDUAN TUNTUTAN NUR:PMKS
4. FAQ NUR:PMKS

1. Apa itu Program NUR@PETRA?

Sebuah program e-Rebat yang dijenamakan semula daripada Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang memberi manfaat kepada pengguna domestik bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan kini diperluaskan merangkumi pihak industri dan komersial, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

2. Apakah objektif Program NUR@PETRA?

-Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai termasuk industri dan komersial terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;

-Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik, industri dan komersial;

-Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;

-Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan

-Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.

PERUSAHAAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA (PMKS)

a) Berapa jumlah e-Rebat bagi pemilik syarikat yang menikmati e-Rebat Program NUR:PMKS?

Pemilik syarikat yang mempunyai sijil akuan status PMKS layak mendapat e-Rebat sehingga RM4,000 atau bersamaan 20 unit peralatan elektrik bagi setiap premis (e- Rebat RM200 untuk  setiap pembelian penyaman udara dan peti sejuk) dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Energy Commission of Sabah (ECoS). Sila rujuk syarat kriteria di Soalan 2 b) bagi maklumat yang lebih lanjut.

b) Apakah kriteria yang melayakkan saya sebagai PMKS untuk menyertai program ini?

 Untuk menyertai program ini sebagai pengguna syarikat anda mestilah,

  • Syarikat mestilah berdaftar dibawah SME CORP dan mempunyai Sijil Akuan Status PMKS;
  • Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (komersial) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Bhd; dan
  • Maksimum RM4,000 (20 unit) e-Rebat bagi setiap PMKS.

c) Apakah barangan elektrik yang boleh dibeli untuk melayakkan pemilik syarikat untuk mendapat e-Rebat dibawah Program NUR:PMKS?

Pemilik syarikat layak untuk mendapat e-Rebat sekiranya mereka membeli peralatan elektrik penyaman udara dan peti sejuk yang mempunyai label 4 & 5 bintang cekap tenaga.

d) Adakah pengguna domestik yang telah membuat tuntutan boleh memohon e-Rebat juga sebagai pemilik syarikat bagi Program Program NUR:PMKS?

Ya, permohonan bagi kedua-dua e-Rebat ini menggunakan tarif yang berbeza sekiranya layak.

e) Bagaimanakah cara untuk pemilik syarikat memohon e-Rebat di bawah Program NUR:PMKS?

Langkah 1: Pemilik syarikat perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu di dalam sistem NUR dengan mengemukakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

Sijil Akuan Status PMKS Bil Elektrik Bertarif Industri dan Komersial
Sijil SSM Penyata Bank

 

Langkah 2: Selepas pendaftaran diluluskan oleh SEDA Malaysia, pemilik syarikat boleh membuat tuntutan melalui sistem NUR dengan memberikan maklumat seperti berikut:

Maklumat Produk Maklumat Pembeli

Bukti Pembelian : (contoh)

·         Dokumen sebut harga

·         Resit pembelian

·        Dokumen tender

 

Dokumen Sokongan yang berkaitan

f) Berapakah maksimum e-Rebat bagi pemilik syarikat yang berkelayakan untuk Program NUR:PMKS?

Setiap PMKS hanya boleh memohon e-Rebat sehingga RM4,000 (20 unit) sahaja.

 

g) Apakah e-Rebat Program NUR:PMKS mempunyai kuota?

Program ini mempunyai kuota dan berkonsepkan first come, first served basis.

 

h) Adakah terdapat syarat yang lain untuk menyertai program ini?

Hanya syarat yang tersenarai di Soalan 2 b) diperlukan untuk menyertai Program NUR:PMKS bagi pemilik syarikat.

 

i) Apakah dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk membuat tuntutan e-Rebat ini?

Anda perlu melengkapkan dokumen permohonan dengan menyertakan sijil akaun status PMKS, bil elektrik  (industri/komersial), sijil SSM dan juga Penyata Bank yang terkini. Anda disarankan untuk memberikan maklumat person incharge (PIC) supaya mudah untuk dihubungi.

j) Bolehkah pemilikan e-Rebat dipindahkan atau ditukar?

Pemilikan e-Rebat TIDAK BOLEH dipindahkan atau ditukar.

k) Adakah permohonan e-Rebat Program NUR:PMKS bagi pemilik syarikat ini meliputi Sabah dan Sarawak?

Ya, permohonan e-Rebat ini bagi pemilik syarikat adalah bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

l) Adakah e-Rebat untuk PMKS ini boleh ditebus secara berulang kali sehingga RM4,000?

Tidak, pemilik syarikat hanya boleh menebus secara ONE-OFF bagi setiap PMKS.

m) Sekiranya saya membuat pembelian pada tahun 2024, adakah saya akan layak untuk membuat tuntutan e-Rebat Program NUR:PMKS?

Hanya pembelian yang dibuat pada tahun 2025 sahaja layak untuk menebus e-Rebat bagi program ini.

n) Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pegawai bagi Program NUR@PETRA jika mengalami sebarang masalah ataupun pertanyaan?

Anda boleh menghubungi pegawai tersedia kami di SEDA Malaysia seperti berikut:

Pasukan Khas Program NUR@PETRA

Bahagian Pembangunan dan Fasilitasi Teknikal

SEDA Malaysia

03-8870 5864/5922/5853/5869

[email protected]

www.seda.gov.my/nur

Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

DENGAN KERJASAMA:
SURUHANJAYA TENAGA (ST)

dan

ENERGY COMMISSION of SABAH (ECoS)

PROGRAM DI BAWAH:
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)
AGENSI PELAKSANA:
SEDA MALAYSIA

Sebarang pertanyaan yang berkenaan, hubungi

Pegawai Program NUR
Bahagian Pembangunan Fasilitasi dan Teknikal
SEDA Malaysia
03-8870 5864 / 5922 / 5853 / 5869
[email protected]
www.seda.gov.my/nur