-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma audit yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar dengan Kementerian Kewangan (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup), Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Malaysian Institute of Accountants (MIA) untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga | Tajuk Sebut Harga | Kod Bidang |
Tarikh Iklan, |
SEDA(SH)-18/2024 |
Pelantikan Firma Audit Bagi Pengauditan Pematuhan Pengurusan Hasil Peruntukan Daripada Tarif Elektrik (AoT) Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bagi Tahun 2022 Dan 2023 |
221803 |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Auditorium, SEDA Malaysia Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Firma Audit Bagi Bagi Pengauditan Pematuhan Pengurusan Hasil Peruntukan Daripada Tarif Elektrik (AoT) Di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bagi Tahun 2022 Dan 2023.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma audit yang ingin menyertai Sebut Harga ini dan akan diadakan secara fizikal di Auditorium, Aras 9, SEDA Malaysia pada 08 November 2024 (Jumaat), pukul 10:00 pagi. Firma audit boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 08 November 2024 (Jumaat), pukul 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia(berserta lampiran kod bidang berkaitan);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia; dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Malaysian Institute of Accountants (MIA).
Borang Pembelian Dokumen |
Borang Pengesahan Kehadiran |
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pemohon tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Firma audit yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua firma audit yang berbeza. Wakil firma audit hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan.
5. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 01 November 2024 (Jumaat, pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 15 November 2024 (Jumaat, pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus sahaja).
6. Firma audit hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] dengan menyertakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my) dan dokumen sokongan seperti di perkara 3. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada firma audit selepas semakan permohonan disahkan.
7. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Firma audit hendaklah mengemukakan resit pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
8. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Firma audit hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Firma audit juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayann.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana- mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Firma audit yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.