-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada pembekal/ syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar dengan Kementerian Kewangan (pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga | Tajuk Sebut Harga | Kod Bidang |
Tarikh Iklan, |
SEDA(SH)-16/2024 |
Pelantikan Syarikat Untuk Menyediakan Perkhidmatan Latihan dan Team Building SEDA Malaysia Tahun 2024 |
221110 |
Tarikh Iklan: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Syarikat Untuk Menyediakan Perkhidmatan Latihan dan Team Building SEDA Malaysia Tahun 2024.
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 25 September 2024 (Rabu, jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 2 Oktober 2024 (Rabu, sehingga jam 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus sahaja). Pembekal/ Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembelian kepada [email protected] bagi menyemak kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia seda.gov.my;
- Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (beserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Borang Pembelian Dokumen |
4. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab Pembekal/ Syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja. Unit Perolehan akan memberikan butiran bayaran melalui e-mel kepada Syarikat/ Pembekal selepas semakan kelayakan disahkan.
5. Pembekal/ Syarikat hendaklah mengemukakan mengemukakan slip pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
6. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
7. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kurier, Pembekal/ Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Pembekal/ Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana- mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Pembekal/ Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran sebut harga adalah dianggap tidak berjaya.