YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz
Anggota Pihak Berkuasa
YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz telah dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa bagi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 1 Ogos 2024. Beliau kini merupakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Ke-27.
Sebelum pelantikan terkini, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan merupakan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga telah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam selama 30 tahun sejak dari Januari 1995 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pentadbiran negeri, pembangunan tanah, protokol, penguatkuasaan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Dalam Negeri. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara. YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan juga telah dianugerahkan dengan beberapa anugerah iaitu; Panglima Setia Mahkota (P.S.M), Panglima Setia Diraja (P.S.D), Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (S.P.S.K), dan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P).
YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Ilmu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia. Beliau memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1995 sebelum melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan di Universiti Malaya pada tahun 2009.