-
Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar di Malaysia serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pendaftaran tersebut masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
No. Sebut Harga | Tajuk Sebut Harga | Kod Bidang |
Tarikh Iklan Dan Tarikh Tutup |
SEDA(SH)-08/2024 |
PENYELENGGARAAN SISTEM REFUND |
210104
|
Tarikh Iklan: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Penyelenggaraan Sistem RE Fund e-Cashflow SEDA Malaysia.
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara talian. Pembekal/ Syarikat hendaklah mengemukakan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan), satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga (borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui e-mel kepada [email protected]
4. Dokumen Sebut Harga mula dijual pada 3 Mei 2024 (Jumaat, masa 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 10 Mei 2024 (Jumaat, masa 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak 00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja). Syarikat perlu mengemukakan bukti pembayaran melalui e-mel kepada [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
Borang Pembelian Dokumen |
5. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab Penyebut Harga. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
6. Cadangan tawaran (dalam bentuk hardcopy dan softcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia)
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
7. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kurier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Pembekal/ Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Penyebut Harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.