YBhg. Dato’ Ir. Ts. Dr Mohd Azhar Abd Hamid
Anggota Pihak Berkuasa
YBhg. Dato’ Ir. Ts. Dr Mohd Azhar Abd Hamid dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa bagi Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia pada 15 November 2023. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Beliau mempunyai pengalaman yang meluas di dalam kedua-dua sektor kerajaan dan swasta. Sepanjang kerjayanya, beliau telah didedahkan kepada prosedur kerajaan, kerjasama swasta, penilaian berasaskan hasil, perancangan strategik, bidang penyelidikan, pelaksanaan teknologi, inovasi produk, analisis teknikal dan pengurusan pentadbiran, semuanya bertujuan untuk meningkatkan tadbir urus yang baik.
Sebelum ini, dari 2016 hingga 2023, jawatan terakhirnya di Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ialah Pengarah Bahagian Teknologi dan Penyelidikan. Beliau telah ditugaskan untuk menyelia pembangunan kemudahan pengurusan sisa pepejal di Malaysia untuk memenuhi keperluan Garis Panduan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
Dari tahun 2008 hingga 2014, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Negeri Sembilan, mengurus dan melaksanakan keseluruhan operasi pentadbiran bagi negeri tersebut dan tujuh pejabat cawangannya. Sebelum itu, beliau bertugas sebagai Jurutera Majlis di Majlis Bandaraya Seremban dari 2005 hingga 2008 dan sebagai Jurutera Projek di Puncon Construction Sdn. Bhd dari tahun 2002 hingga 2005.
YBhg. Dato’ Ir. Ts. Dr Mohd Azhar berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), M.Sc. dalam Pengurusan Kejuruteraan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Ph.D. dalam Pengurusan Sisa Pepejal dari Universiti Sains Malaysia (USM).