-
Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tawaran Tender ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. TENDER | TAJUK TENDER |
KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(T)-01/2023
|
CONSULTANCY TO UNDERTAKE A STUDY WITH FOCUS ON HYDROLOGICAL STUDY ON HYDRO POTENTIAL IN PENINSULAR MALAYSIA
|
330101
|
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: SEDA Malaysia Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Consultancy to Undertake a Study with Focus on Hydrological Study on Hydro Potential In Peninsular Malaysia.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai Tender ini. Syarikat hendaklah membawa satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia, satu Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Tender boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua syarikat yang berbeza. Wakil syarikat hendaklah penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan atau orang yang diberi kuasa (Surat Penurunan Kuasa perlu disertakan).
5. Dokumen Tender hanya boleh dibeli secara dalam talian. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender (boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my), slip pembayaran dan dokumen sokongan seperti di perkara 3 termasuk resit pembayaran bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui e-mel kepada Pn. Syaidatul Nur binti Shaharuddin ([email protected]), Pn. Nadiah binti Osaman ([email protected]) dan En. Mohd Herwan bin Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia. Dokumen Tender mula dijual pada 20 Mac 2023 (Isnin, masa 9:00 pagi hingga 4:00 petang) sehingga 18 April 2023 (Selasa, masa 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja).
Borang Pembelian Dokumen Tender |
Borang Kehadiran Taklimat |
6. Semua kos berkaitan cadangan tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab penyebut harga. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Tender
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. Syarikat hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kurier. Syarikat juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Tender selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
11. Syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup tawaran Tender adalah dianggap tidak berjaya.