En. Azarulnizam Mohd Zain
Pengarah Khidmat Digital
En. Azarulnizam Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Digital pada 2 September 2024 dengan pengalaman luas dalam pengurusan infrastruktur dan operasi, keselamatan dan transformasi digital ICT.
Sejak 2018, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Digital SEDA, di mana beliau bertanggungjawab menyelaraskan sumber teknologi dengan objektif strategik, menyelia operasi, meningkatkan kecekapan sistem, memajukan pendigitalan dalam industri TBB, dan menegakkan amalan terbaik ICT. Sebelum menyertai SEDA Malaysia, beliau berkhidmat dalam pelbagai industri, termasuk perbankan, automotif dan pertubuhan bukan kerajaan.
En. Azarulnizam adalah seorang Project Management Professional (PMP) bertauliah dan memiliki Diploma Teknologi Maklumat daripada Akademi Infotech Mara dan Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat (Kepujian) dari Open University Malaysia.