- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma audit yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountant (MIA) untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SHB)-10/2022
|
Pelantikan Firma Audit Bagi Mengaudit Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) Di Nur Distribution Sdn. Bhd (NDSB) 2021 |
Sijil Pendaftaran MIA |
Tarikh Iklan: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Firma Audit Bagi Mengaudit Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) Di Nur Distribution Sdn. Bhd (NDSB) 2021.
3. Dokumen Sebut Harga akan dijual bermula 5 Disember 2022 (Isnin; jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang) sehingga 9 Disember 2022 (Jumaat; jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari) dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my). Firma audit hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui e-mel kepada [email protected] dan [email protected]. Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS WORD selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan.
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
4. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pemohon. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
5. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dihantar melalui kourier ke alamat seperti berikut:
Urus Setia Jawatankuasa Sebut Harga ‘B’
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
6. Firma audit hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kourier. Firma audit juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan..
7. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
8. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
9. Sebarang pertanyaan adalah melalui email: [email protected].