- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada pembekal/syarikat yang berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih sah sehingga tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SHB)- 08/2022
|
SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURANS BAGI PEPASANGAN BUILDING INTEGRATED PHOTOVOLTAIC (BIPV) BAGI 332 RUMAH DI BAWAH PROGRAM MYSURIA |
221801 |
Tarikh Iklan: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan Tawaran Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Perlindungan Insurans Bagi Pepasangan Building Integrated Photovoltaic (BIPV) Bagi 332 Rumah Di Bawah Program Mysuria.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada pembekal/syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (online) pada 25 Mei 2022 (Rabu), jam 10:00 pagi. Pembekal/syarikat boleh membuat permohonan melalui emel kepada [email protected]/ [email protected] selewat-lewatnya pada 25 Mei 2022 jam 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia;
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Satu (1) salinan Lesen Bank Negara Malaysia bagi syarikat insurans; dan
Nota: Pembekal/Syarikat yang tidak mempunyai lesen Bank Negara Malaysia bagi syarikat insurans boleh menyertakan salinan dokumen yang dipunyai oleh syarikat insurans lain bersama surat atau memorandum yang menyatakan kerjasama dengan pembekal/syarikat tersebut.
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my)
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat Sebut Harga |
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran penyebut harga tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Firma/ Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai sebut harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula 17 Mei 2022 (Selasa) sehingga 25 Mei 2022 (Rabu) jam 9:00 pagi dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my). Pembekal/Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui e-mel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui e-mel dalam bentuk PDF dan MS WORD selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan.
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal/syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran perlu dikemukakan dalam bentuk salinan keras (hardcopy) dan softcopy yang disimpan ke dalam pendrive hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Penyebut Harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.