- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma/syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)- 07/2022
|
SEBUT HARGA BAGI MEREKA BENTUK, MEMBANGUNKAN, MENGKONFIGURASI, MENGHANTAR, MENGUJI & PENTAULIAHAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM “ONLINE ENERGY MONITORING CLOUD PLATFORM” |
Mana-mana 210103 hingga 210107; atau 210109 |
Tarikh Iklan: Tempat Taklimat: Tarikh Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi SEBUT HARGA BAGI MEREKA BENTUK, MEMBANGUNKAN, MENGKONFIGURASI, MENGHANTAR, MENGUJI & PENTAULIAHAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM “ONLINE ENERGY MONITORING CLOUD PLATFORM”.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma/ syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara atas talian (online) pada 22 April 2022 (Jumaat) pada jam 10:00 pagi. Firma/ Syarikat boleh membuat permohonan melalui emel kepada [email protected] selewat-lewatnya pada 22 April 2022 (Jumaat) jam 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia berserta kod bidang berkaitan (Lampiran A); dan
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia www.seda.gov.my.
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat Sebut Harga | Addendum |
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran penyebut harga tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Firma/ Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai sebut harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 18 April 2022 (Isnin) sehingga 25 April 2022 (Isnin) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Firma/ Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia atau Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Penyebut harga hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
8. Cadangan Tawaran perlu dikemukakan dalam bentuk salinan keras (hardcopy) dan softcopy yang disimpan ke dalam pendrive hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. Jika serahan dokumen adalah melalui perkhidmatan kourier, penyebut harga hendaklah memaklumkan kepada SEDA Malaysia butiran kourier seperti tarikh, masa dan tracking number sebaik dokumen tersebut dihantar melalui kourier. Penyebut harga juga perlu memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Penyebut Harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.