1.Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat/pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA |
TAJUK |
KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-04/2022 |
TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (SEDA MALAYSIA) DAN KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU (KWTBB), TERMASUK MEMBEKAL, MEMBUAT PENULISAN, PENTERJEMAHAN, MEREKA BENTUK ISI KANDUNGAN, BACAAN PRUF DAN MENCETAK BAGI KESELURUHAN LAPORAN TAHUNAN 2021 SEDA MALAYSIA DAN KWTBB |
Mana-mana 221601, 221607 sehingga 221615 dan/atau 222004 sehingga 222008
|
Tarikh Iklan: 21 MAC 2022 (ISNIN) Tempat Taklimat: Dalam Talian MS Teams Tarikh Taklimat: 28 MAC 2022 (ISNIN) Masa: 12:00 Tengah Hari Tarikh Tutup: 5 APRIL 2022 (SELASA) Masa: 12:00 Tengah Hari |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi TAWARAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PENYEDIAAN LAPORAN TAHUNAN 2021 PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (SEDA MALAYSIA) DAN KUMPULAN WANG TENAGA BOLEH BAHARU (KWTBB), TERMASUK MEMBEKAL, MEMBUAT PENULISAN, PENTERJEMAHAN, MEREKA BENTUK ISI KANDUNGAN, BACAAN PRUF DAN MENCETAK BAGI KESELURUHAN LAPORAN TAHUNAN 2021 SEDA MALAYSIA DAN KWTBB.
3.Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara dalam talian (online) pada 28 Mac 2022 (Isnin) pada jam 12:00 tengah hari. Pemohon kemudian akan menerima email pautan untuk penyertaan ke sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat boleh membuat permohonan melalui email kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 28 Mac 2022 (Isnin), jam 10:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga
Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat Sebut Harga
4.Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin) sehingga 28 Mac 2022 (Isnin), jam 10:00 pagi dengan harga sebanyak RM 100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibuat dengan menghantar emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). dengan mengemukakan:
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan dan boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Slip Pembayaran;
- Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
5.SEDA Malaysia akan menghantar salinan Dokumen Sebut Harga dalam bentuk PDF dan MS Word melalui email selepas menerima pengesahan pembayaran daripada Bahagian Kewangan.
6.Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Cadangan Tawaran (dalam bentuk hardcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup/sealed document dan bertanda dengan Tajuk dan Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
8.SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
9.Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.