- Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada firma/syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran tender ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT, DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(T)-02/2022
|
TENDER PERKHIDMATAN, PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN PENGURUSAN BAGI PENGANJURAN INTERNATIONAL SUSTAINABLE ENERGY SUMMIT (ISES) KE-5 TAHUN 2022
|
Mana-mana 221302 sehingga Atau mana-mana |
Tarikh Iklan: 16 Februari 2022 (Rabu) Tarikh Taklimat: Tempat Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi TENDER PERKHIDMATAN, PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN PENGURUSAN BAGI PENGANJURAN INTERNATIONAL SUSTAINABLE ENERGY SUMMIT (ISES) KE-5 TAHUN 2022.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai tender ini dan akan diadakan secara dalam talian (online) pada 1 Mac 2022 (Selasa) pada jam 10:30 pagi. Firma/syarikat boleh membuat permohonan melalui emel kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya 1 Mac 2022 jam 9:30 pagi dengan menyertakan bersama:
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta kod bidang;
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my)).
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Petender yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Dokumen Meja Tender boleh dilihat di Pejabat SEDA Malaysia pada 22 Februari 2022 (Selasa) sehingga 3 Mac 2022 (Khamis) seperti ketetapan berikut:
Hari | Waktu |
Isnin hingga Khamis | 9:00 pagi – 4:30 petang |
Jumaat | 9:00 pagi – 12:00 tengah hari |
2:45 petang – 4:30 petang |
6. Dokumen Tender hanya akan dijual bermula 22 Februari 2022 (Selasa) sehingga 7 Mac 2022 (Isnin) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Petender hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu Borang Pembelian Dokumen Tender, salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Tender boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my)
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
7. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Tender ini adalah menjadi tanggungjawab petender. Bayaran Dokumen Tender hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Petender hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
9. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
11. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran tender adalah dianggap tidak berjaya.