- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma / syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran Sebut Harga ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. & TAJUK SEBUT HARGA | TARAF / JENIS SYARIKAT | KOD BIDANG / PENDAFTARAN | TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT, TEMPAT TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-13/2021
|
TAWARAN SEBUT HARGA: PERKHIDMATAN PROFESSIONAL CONFERENCE ORGANISER (PCO) BAGI INTERNATIONAL SUSTAINABLE ENERGY SUMMIT (ISES) UNTUK SEDA MALAYSIA |
Mana-mana 221302 sehingga 221306 atau 221501, 221503, 221511, 222001, 222002, 222004, 222006, 222009 |
Tarikh Iklan: 16 November 2021 (Selasa) Tarikh Taklimat: Tempat Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi TAWARAN SEBUT HARGA: PERKHIDMATAN PROFESSIONAL CONFERENCE ORGANISER (PCO) BAGI INTERNATIONAL SUSTAINABLE ENERGY SUMMIT (ISES) UNTUK SEDA MALAYSIA.
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara atas talian (online) pada 23 November 2021 (Selasa) jam 11.30 pagi. Pemohon kemudian akan menerima e-mel pautan untuk penyertaan ke sesi taklimat Sebut Harga. Syarikat boleh membuat permohonan melalui e-mel kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 23 November 2021 (Selasa) jam 10:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran (boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia seda.gov.my);
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Penyebut harga tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Syarikat yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Sebut Harga ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 16 November 2021 (Jumaat) sehingga 26 November 2021 (Jumaat) bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]) dengan mengemukakan:
- Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan dan boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (seda.gov.my);
- Slip Pembayaran;
- Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta lampiran kod bidang berkaitan); dan
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
8. Cadangan Tawaran (dalam bentuk hardcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana Cadangan Tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
11. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.