- Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa kepada firma/ syarikat yang berpengalaman dan terlibat dengan minimum dua (2) projek yang melibatkan badan berkanun dan minimum lima (5) projek dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)/ swasta/ antarabangsa.
- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma/ syarikat yang berpengalaman dan berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih sah sehingga tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. TENDER | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-05/2021
|
SEBUT HARGA BAGI PELANTIKAN PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI MENGKAJI, MENASIHAT, MENYEDIA DAN MENAMBAHBAIK POLISI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA |
|
Tarikh Iklan: 1 Jun 2021 (Selasa) Tarikh Taklimat: Tempat Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
3. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Perkhidmatan Perunding bagi Mengkaji, Menasihat, Menyedia dan Menambahbaik Polisi Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia SEDA Malaysia.
4. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma/ syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara atas talian (online) pada 23 Jun 2021 (Rabu) pada jam 2:30 petang. Untuk penyertaan taklimat secara atas talian (online), firma/ syarikat boleh membuat permohonan melalui email kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 9 Jun 2021 (Rabu), jam 12:00 tengahari dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga;
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta kod bidang ‘340106’ dan 340101; atau mana-mana ‘340103’, ‘340109’, ‘340901’ atau ‘222203’ yang masih sah laku sekurang-kurangnya sehingga tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini ditutup; dan
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Syarikat atau Sijil Pendaftaran Perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (mandatori).
5. Pemohon kemudian akan menerima email pautan untuk penyertaan ke sesi taklimat sebut harga di atas. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
6. Pembelian Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara atas talian (online). Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga, slip pembayaran dan dokumen sokongan seperti di Perkara 4 melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
7. Dokumen Sebut Harga akan dijual bermula pada 1 Jun 2021 (Selasa) sehingga 24 Jun 2021 (Khamis) jam 5:00 petang dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
8. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
9. Dokumen Meja Sebut Harga tidak akan disediakan memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Total Lockdown Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
10. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
11. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
12. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
13. Sebarang pertanyaan adalah melalui email: [email protected]