- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berpengalaman dan berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan memiliki makmal bertauliah di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) serta pendaftarannya masih sah sehingga 6 bulan dari tarikh tawaran ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. & TAJUK SEBUT HARGA | TARAF / JENIS SYARIKAT | KOD BIDANG / PENDAFTARAN |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-03/2021: Perlantikan Makmal Bertauliah bagi Kerja-Kerja Persampelan & Penganalisaan Biogas dan Biojisim berhubung Kerja-Kerja Acceptance Test & Performance Assessment bagi Pepasangan Biogas dan Biojisim di bawah Mekanisme Feed-in Tariff (FiT)
|
Terbuka (Syarikat 100% milik warganegara Malaysia) |
|
Tarikh Iklan: Tarikh Taklimat: Tempat Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan (Terms of Reference) Perlantikan Makmal Bertauliah bagi Kerja-Kerja Persampelan & Penganalisaan Biogas dan Biojisim berhubung Kerja-Kerja Acceptance Test & Performance Assessment bagi Pepasangan Biogas dan Biojisim di bawah Mekanisme Feed-in Tariff (FiT).
3. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada syarikat-syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan secara atas talian (online) pada 30 Mac (Selasa), jam 11:00 pagi. Untuk penyertaan taklimat secara atas talian (online), syarikat boleh membuat permohonan melalui email kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 30 Mac 2021 (Selasa), jam 10:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga;
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (berserta kod bidang ‘222705’) yang masih sah laku sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan dari tarikh tawaran ini ditutup;
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Makmal Bertauliah oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) yang masih sah laku sekurang-kurangnya sehingga sehingga 6 bulan dari tarikh tawaran ini ditutup;
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Syarikat atau Sijil Pendaftaran Perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (mandatori)
Pemohon kemudian akan menerima email pautan untuk penyertaan ke sesi taklimat sebut harga di atas. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
4. Pembelian Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara atas talian (online). Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga, slip pembayaran dan dokumen sokongan seperti di Perkara 3 melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
5. Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual bermula pada 30 Mac 2021 (Selasa), jam 2:00 petang sehingga 6 April 2021 (Selasa) jam 5:00 petang dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
Guidelines During Mco – For Visitors And Vendors |
Health Declaration Form Visitor Vendor |
6. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
7. Dokumen Meja Sebut Harga juga boleh disemak bermula 23 Mac 2021 (Selasa) sehingga 6 April 2021 (Selasa) di SEDA Malaysia (Ibu Pejabat Putrajaya) pada ketetapan berikut:
Hari |
Waktu |
Isnin hingga Khamis |
9:00 pagi – 1:00 petang |
Jumaat |
9:00 pagi – 12:00 tengah hari |
2:45 petang – 5:00 petang |
Syarikat yang ingin menyemak Dokumen Meja Sebut Harga perlulah mematuhi Garis Panduan memasuki pejabat SEDA Malaysia semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
8. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
9. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
10. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan adalah melalui email: [email protected]