- Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma/syarikat yang berpengalaman dan berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih sah sehingga tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(SH)-11/2022
|
PELANTIKAN PERKHIDMATAN KONSULTAN BAGI MELAKSANAKAN UJIAN PEMPROFILAN PENGAMBILAN WARGA KERJA BAHARU |
Mana-mana |
Tarikh Iklan: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan Pelantikan Perkhidmatan Konsultan bagi Melaksanakan Ujian Pemprofilan Pengambilan Warga Kerja Baharu.
3. Dokumen Sebut Harga akan dijual bermula pada 7 November 2022 (Isnin) sehingga 16 November 2022 (Rabu) jam 12:00 tengah hari dengan harga sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja). Penyebut harga hendaklah mengemukakan salinan sijil pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berserta Lampiran kod bidang dan salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Sebut Harga melalui e-mel kepada Puan Syaidatul Nur Shaharuddin ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia.
4. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibeli secara dalam talian (online). Firma/Syarikat hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga, slip pembayaran dan dokumen sokongan seperti di Perkara 3 melalui emel kepada Puan Syaidatul Nur Shaharuddin ([email protected]) dan Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Sebut Harga akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan oleh Bahagian Kewangan, SEDA Malaysia. Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
5. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab firma/syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara DALAM TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
6. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
7. Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, firma/syarikat hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba di alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup sebut harga selewat-lewatnya jam 12:00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
8. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana Cadangan Tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
9. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Penyebut harga yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran Sebut Harga adalah dianggap tidak berjaya.
11. Sebarang pertanyaan adalah melalui email: [email protected]