- Tawaran Tender ini adalah dipelawa kepada firma / syarikat yang berpengalaman, berkelayakan, berdaftar di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tawaran tender ini ditutup untuk membekalkan perkhidmatan berikut:
NO. TENDER | TAJUK | KOD BIDANG |
TARIKH IKLAN, TARIKH TAKLIMAT DAN TARIKH TUTUP |
SEDA(T)-01/2021
|
CONSULTANCY TO UNDERTAKE A STUDY WITH FOCUS ON FEED IN TARIFF RATE AND DISPLACED COST REVISION AS WELL AS DETERMINATION OF GRID PARITY CONDITION TO FURTHER REFINING THE FEED IN TARIFF MECHANISM IN PENINSULAR MALAYSIA AND SABAH |
Mana-mana bidang berikut: 340100; 340400; 340500; 340900; atau 341000. |
Tarikh Iklan: Tarikh Taklimat: Tempat Taklimat: Masa: Tarikh Tutup: Masa: |
2. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi CONSULTANCY TO UNDERTAKE A STUDY WITH FOCUS ON FEED IN TARIFF RATE AND DISPLACED COST REVISION AS WELL AS DETERMINATION OF GRID PARITY CONDITION TO FURTHER REFINING THE FEED IN TARIFF MECHANISM IN PENINSULAR MALAYSIA AND SABAH.
3. Sesi Taklimat Tender adalah DIWAJIBKAN kepada firma / syarikat yang ingin menyertai tender ini dan akan diadakan secara atas talian (online) pada 27 Mei 2021 (Khamis) pada jam 10:00 pagi. Firma / syarikat boleh membuat permohonan melalui emel kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya 27 Mei 2021 jam 9:00 pagi dengan menyertakan bersama:
- Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia;
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Tender (Borang boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my
4. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Petender yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender ini. Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
5. Dokumen Meja Tender boleh dilihat di Pejabat SEDA Malaysia pada 6 Mei 2021 (Khamis) sehingga 28 Mei 2021 (Jumaat) seperti ketetapan berikut:
Hari | Waktu |
Isnin hingga Khamis | 9.00 pagi – 4.30 petang |
Jumaat | 9.00 pagi – 12.00 tengah hari |
2.45 petang – 4.30 petang |
6. Dokumen Tender hanya akan dijual bermula pada 6 Mei 2021 (Khamis) sehingga 28 Mei 2021 (Jumaat) dengan harga sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja). Petender hendaklah mengemukakan dokumen sokongan iaitu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan kelayakan untuk pembelian Dokumen Tender melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]). Borang Pembelian Dokumen Tender boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).
Borang Pembelian Dokumen Sebut Harga |
Borang Pengesahan Kehadiran |
Addendum |
7. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab syarikat. Bayaran Dokumen Sebut Harga hanya boleh dibuat secara ATAS TALIAN sahaja di atas nama:
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
Bank : CIMB Islamic Bank Berhad (Cawangan Putrajaya)
No. Akaun : 8600308067
Swift Code : CTBBMYKL
8. Petender hendaklah mengemukakan Borang Pembelian Dokumen Tender dan slip pembayaran melalui emel kepada En. Mohd Azmi Hamdan ([email protected]) dan En. Mohd Herwan Husain ([email protected]). Dokumen Tender akan diperolehi melalui emel dalam bentuk PDF dan MS Word selepas terimaan bayaran disahkan.
9. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Aras 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
10. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
11. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
12. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran tender adalah dianggap tidak berjaya.