Sebuah program e-Rebat oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang dijenamakan semula daripada Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang dilaksanakan oleh SEDA Malaysia untuk memberi manfaat kepada pengguna domestik bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan kini diperluaskan merangkumi pihak industri dan komersial, termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan tahap kesedaran orang ramai termasuk industri dan komersial terhadap penggunaan peralatan yang cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik;
Menggalakkan amalan cekap tenaga dalam kalangan domestik, industri dan komersial;
Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
Meningkatkan tahap kecekapan tenaga yang diukur berdasarkan Malaysian Standards (MS) 1525; dan
Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
PROGRAM NUR:DOMESTIK
e-Rebat sehingga RM400 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga bagi isi rumah
(AKAN DIBUKA)
%-DDays:%-HHours:%-MMinutes:
HARI LAGI
PROGRAM NUR:INDUSTRI DAN KOMERSIAL (PMKS)
e-Rebat sehingga RM4,000 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga bagi setiap PMKS.
(AKAN DIBUKA)
%-DDays:%-HHours:%-MMinutes:
HARI LAGI
PROGRAM NUR:INDUSTRI DAN KOMERSIAL (Chiller)
Rebat sehingga RM75,000 untuk pembelian chiller bagi penggunaan penyaman udara (comfort cooling)
(AKAN DIBUKA)
%-DDays:%-HHours:%-MMinutes:
HARI LAGI
DENGAN KERJASAMA:
SURUHANJAYA TENAGA (ST)
PROGRAM DI BAWAH:
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA)
AGENSI PELAKSANA:
SEDA MALAYSIA
Sebarang pertanyaan yang berkenaan, hubungi
Pegawai Program NUR Bahagian Pembangunan Fasilitasi dan Teknikal SEDA Malaysia 03-8870 5864 / 5922 / 5853 / 5869 [email protected] www.seda.gov.my/nur