About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring EE Download & Media Directory Events & Trainings
OTHERS NEWS
Four IPP contracts axed amid spending cuts   13/07/2018
Four IPP deals scrapped, more under review   13/07/2018
Government allocates RM114 million to subsidise electricity   13/07/2018
Electricity tariffs to remain till Dec, minister says govt absorbing costs   12/07/2018
Kerajaan peruntukkan RM114 juta subsidi surcaj pengguna domestik   12/07/2018
No increase in electricity tariffs for domestic users in the next six months, says Minister   12/07/2018
Putrajaya to cancel four new IPPs, another four under review   12/07/2018
Yeo Bee Yin : Malaysia decided to cancel 4 IPP contracts   12/07/2018


Home  »  Others News


Kutipan Tambahan 1% Kekal
 

KUALA LUMPUR, OCTOBER 17 (Utusan Malaysia) -- Kutipan bayaran tambahan satu peratus terhadap penggunaan bekalan elektrik pengguna melebihi 300 kilowatt sejam (KWj) sebulan tetap akan dilaksanakan kerajaan 1 Disember ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, masyarakat tidak perlu berasa bimbang berikutan pelaksanaannya tidak akan membebankan majoriti rakyat Malaysia.

Katanya, hanya mereka yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 300 KWj sahaja akan dikenakan bayaran tambahan satu peratus tersebut dan golongan ini kebanyakannya melibatkan sektor industri.

''Pengguna bekalan elektrik di bawah 300 KWj sebulan tidak akan terjejas dan pelaksanaan ini sejajar dengan Akta Tenaga Diperbaharui yang diluluskan Kabinet pada April lalu.

''Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) adalah lebih mesra alam dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat demi kesejahteraan hidup,'' katanya sewaktu menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) FlexoResearch Malaysia Sdn. Bhd. (FlexoResearch Malaysia) dengan FlexoResearch Thailand di sini hari ini.

Fah Kui menambah, tujuan mengenakan caj tambahan itu adalah sebagai langkah menggalakkan rakyat menggunakan tenaga diperbaharui (RE).

Katanya, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), akan bekerjasama dengan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dalam mengutip bayaran tambahan tersebut dan melaksanakan Feed-in Tariff (FiT).

Ditanya mengenai pengeluar RE boleh menjual tenaga mulai 1 Disember ini kepada TNB, Fah Kui berkata, kerajaan masih dalam proses memilih syarikat yang benar-benar layak.

 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap