About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring EE Download & Media Directory Events & Trainings FAQ
ANNOUNCEMENTS
TAWARAN SEBUT HARGA SEDA(SH)-02/2019: PERLANTIKAN MAKMAL BERTAULIAH BAGI KERJA-KERJA PERSAMPELAN & PENGANALISAAN BIOGAS DAN BIOJISIM BERHUBUNG KERJA-KERJA ACCEPTANCE TEST & PERFORMANCE ASSESSMENT BAGI PEPASANGAN BIOGAS DAN BIOJISIM DI BAWAH MEKANI   17/01/2019
NEW TRAINING COURSE: "Operation & Maintenance of Biogas Power Plant Course"   04/01/2019
Flushing off all draft applications for Net Energy Metering (NEM) in the eNEM system   28/12/2018
REGISTERED SOLAR PV INVESTOR UNDER THE NET ENERGY METERING (NEM) SCHEME BY SEDA MALAYSIA   19/12/2018
List of bidders that have successfully made payment and qualified for the bid evaluation stage   11/12/2018
List of bidders who have successfully submitted their bid under the eBidding mechanism   04/12/2018
BRIEFING ON NET ENERGY METERING (NEM) & SUPPLY AGREEMENT FOR RENEWABLE ENERGY (SARE) TO REGISTERED SERVICE PROVIDERS   15/11/2018
Clarification to the eBidding mechanism for Biogas project   13/11/2018


Home  »  Announcements


SEDA (SH) 14/ 2018 - Pelantikan Firma Audit Bagi Mengaudit Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang (RoM) Di Malaysia Airport Sepang Sdn.Bhd, Malaysia Airlines Berhad, Malakoff Utilities Sdn Bhd dan Bandar Utama City Bagi Tahun 2013 - 2017
 

NOTIS SEBUT HARGA

  1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada firma audit/syarikat yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini diiklankan untuk membekalkan perkhidmatan berikut: 

NO. SEBUT
HARGA

TAJUK

KOD BIDANG

TARIKH IKLAN DAN TARIKH  TUTUP

SEDA (SH)- 14/2018

Pelantikan Firma Audit  Bagi Mengaudit Pematuhan  Pengurusan Pembayaran  Mendapatkan Wang  (RoM) Di Malaysia Airport Sepang Sdn. Bhd (MASSB),  Malaysia Airlines Berhad (MAS),   Malakoff Utilities Sdn Bhd (MUSB) dan Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd (BUCC) Bagi Tahun 2013 Sehingga 2017

221803
atau
221804

Tarikh Iklan:
6 September 2018
(Khamis)


Tarikh Taklimat:
13 September 2018
(Khamis)


Masa Taklimat:
9.30 pagi

Tarikh Tutup:
24 September 2018
(Isnin)


Masa:
12:00 tengahari
  1. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Pelantikan Firma Audit Bagi Mengaudit Pematuhan Pengurusan Pembayaran Mendapatkan Wang  (RoM) Di Malaysia Airport Sepang Sdn. Bhd (MASSB), Malaysia Airlines Berhad (MAS), Malakoff Utilities Sdn Bhd (MUSB) dan Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd (BUCC) Bagi Tahun 2013 Sehingga 2017.
  1. Sesi Taklimat Sebut Harga adalah DIWAJIBKAN kepada firma audit/syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini dan akan diadakan pada 13 September 2018 (Khamis), pada jam 9.30 pagi, bertempat di Auditorium SEDA Malaysia. Pembekal hendaklah membawa satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat. Borang Pengesahan Kehadiran Ke Sesi Taklimat Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my). Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat perlu diserahkan/diemelkan kepada Mohd Azmi Hamdan (azmi@seda.gov.my) dan Mohd Herwan Husain (herwan@seda.gov.my) sebelum atau pada 13 September 2018, jam 9.30 pagi. Waktu pendaftaran adalah dari jam 9:00 pagi hingga 9:30 pagi. Setiap firma audit/syarikat hanya dibenarkan menghantar dua (2) orang wakil dan setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) firma audit/syarikat yang berbeza.
  1. Dokumen Sebut Harga akan dijual bermula pada hari taklimat dengan harga sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) secara TUNAI sahaja. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab firma audit/syarikat. Firma audit/Syarikat hendaklah menyertakan sesalinan dokumen sepertimana yang dinyatakan di dalam senarai semak yang terdapat dalam Dokumen Sebut Harga. Tarikh akhir penjualan Dokumen Sebut Harga adalah pada 18 September 2018. Dokumen Sebut Harga TIDAK akan dijual selepas dari tarikh tersebut.
  1. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Tingkat 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

  1. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
  1. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan. Firma audit/syarikat yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran sebut harga adalah dianggap tidak berjaya.
 
Copyright © 2019 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap