About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring Download & Media Directory Events & Trainings
OTHERS NEWS
MPIA proposes role consolidation, tax exemptions to bolster growth in RE sector   13/06/2018
HONG LEONG SHOWS SUPPORT TO COMPANIES IN SUSTAINABLE ENERGY   04/06/2018
ISES 2018 beri komitmen untuk tingkat usaha tenaga lestari   04/06/2018
Landasan Tepat Capai Liputan Elektrik Menyeluruh   04/06/2018
S’wak can achieve full rural electrification by 2025 — Dr Rundi   04/06/2018
Tenaga Diperbaharui Memacu Pertumbuhan Ekonomi Sarawak   04/06/2018
Sarawak jana hasil dari empangan hidroelektrik   28/05/2018
Sarawak to use Sares to light up remote communities – Abg Johari   28/05/2018


Home  »  Others News


SARAWAK TUMPU KEPADA TENAGA ALTERNATIF, BENTUK BAHARU — ABANG JO
 

KUCHING: Sarawak kini memberikan tumpuan kepada membangunkan tenaga bentuk baharu, sebagai tambahan kepada beberapa sumber tenaga yang sedia ada seperti petrolium dan janakuasa elektrik berasaskan hidro.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan tenaga alternatif ini sedang rancak dilakukan, bagi mewujudkan variasi dalam rangkaian pembekalan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

“Proses pembangunan dan penyelidikan sedang giat dilakukan, melalui penggunaan teknologi baharu sejajar dengan usaha menjadikan negeri ini sebagai pembekal sumber tenaga utama ASEAN,” katanya ketika merasmikan Persidangan Tenaga Mampan Antarabangsa Keempat 2018 (Ises) di sini semalam.

Abang Johari menjelaskan, perkembangan dan kemajuan teknologi hari ini begitu menggalakkan kecekapan tenaga dan membuka banyak pilihan terhadap penggunaan tenaga baharu, sekali gus menjadikan sektor ini lebih kompetitif.

“Ketika ini, kerajaan negeri menerusi Kementerian Utiliti dan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mengambil inisiatif membangunkan tenaga elektrik alternatif untuk kegunaan penduduk yang tinggal di pedalaman.

“Menerusi Skim Elektrik Luar Bandar Sarawak (SARES) mereka telah membangunkan sumber tenaga alternatif berasaskan teknologi mikro hidro dan solar untuk menerangi rakyat di pedalaman.

“Sumber ini penting untuk membolehkan misi kerajaan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada seluruh rakyat pada tahun 2025, termasuk masyarakat di pedalaman (yang tidak dapat dihubungkan dengan talian grid elektrik) dapat dilaksanakan,” katanya lagi.

SARES kata Abang Johari, telah mengubah kehidupan ramai rakyat Sarawak yang sebelum ini tiada akses kepada bekalan elektrik.

Usaha murni ini telah mendapat pengiktirafan global apabila memenangi Anugerah Persekutuan bagi Pembangunan Elektrik Luar Bandar semasa Sidang Kemuncak Pelaburan Akses Tenaga Keempat di Catania, Sicily di Itali, baru-baru ini.

Untuk rekod, Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kadar tarif elektrik paling rendah di Malaysia. –Sarawakvoice

Link: Malaysian News

Link: Sarawak voice

Link: Utusan Borneo

 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap