About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring EE Download & Media Directory Events & Trainings
OTHERS NEWS
Four IPP contracts axed amid spending cuts   13/07/2018
Four IPP deals scrapped, more under review   13/07/2018
Government allocates RM114 million to subsidise electricity   13/07/2018
Electricity tariffs to remain till Dec, minister says govt absorbing costs   12/07/2018
Kerajaan peruntukkan RM114 juta subsidi surcaj pengguna domestik   12/07/2018
No increase in electricity tariffs for domestic users in the next six months, says Minister   12/07/2018
Putrajaya to cancel four new IPPs, another four under review   12/07/2018
Yeo Bee Yin : Malaysia decided to cancel 4 IPP contracts   12/07/2018


Home  »  Others News


Sarawak giat terokai pembangunan tenaga alternatif
 

KUCHING 10 April - Sarawak giat menerokai pembangunan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui menerusi penyelidikan dan penggunaan teknologi baharu sejajar dengan usaha menjadikan negeri ini sebagai kuasa tenaga besar ASEAN.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kemajuan teknologi telah menggalakkan kecekapan tenaga dan membuka banyak pilihan terhadap penggunaan bekalan tenaga baharu, sekali gus menjadikan sektor itu menjadi lebih kompetitif.

Beliau berkata, di Sarawak ketika ini, kerajaan negeri menerusi Kementerian Utiliti dan Sarawak Energy Berhad (SEB) telah mengambil alternatif sendiri untuk membangunkan tenaga elektrik bagi kegunaan penduduk yang tinggal di pedalaman.

“Di bawah Skim Elektrik Luar Bandar Luar Negeri Sarawak atau SARES, Kementerian Utiliti bersama SEB telah melaksanakan sistem alternatif sendiri menggunakan teknologi mikro hidro dan solar untuk menerangi (membekalkan elektrik) kepada masyarakat di pedalaman.

“Sumber tenaga alternatif ini memainkan peranan penting dalam misi kerajaan untuk membekalkan sepenuhnya tenaga elekrik kepada masyarakat pedalaman yang tidak dapat dihubungkan dengan talian grid elektrik,” katanya berucap merasmikan Persidangan Tenaga Mampan Antarabangsa Keempat 2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri S. K. Devamany; Menteri Utiliti negeri, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom dan Setiausaha kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, penggunaan sumber tenaga alternatif adalah sejajar dengan sasaran kerajaan negeri untuk mencapai 100 peratus rakyat menikmati bekalan elektrik menjelang 2025.

Katanya, kejayaan SARES mengubah kehidupan ramai rakyat Sarawak yang sebelum ini tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik telah mendapat pengiktirafan global apabila memenangi Anugerah Persekutuan bagi Pembangunan Elektrik Luar Bandar semasa Sidang Kemuncak Pelaburan Akses Tenaga Keempat di Catania, Sicily di Itali, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kelebihan Sarawak mempunyai banyak sungai, menerima hujan yang banyak dan diliputi kawasan pergunungan telah membolehkan negeri ini mendahului lain-lain negeri di Malaysia dalam pembangunan tenaga sebanyak 75 peratus.

“Bahan bakar terdiri daripada fosil, arang batu dan tenaga alternatif boleh diperbaharui seperti solar dan mini hidro telah membentuk keseluruhan campuran sumber tenaga mampan yang memberi faedah kepada kerajaan Sarawak untuk membangunkan negeri ini.

“Sumber tenaga alternatif yang banyak ini membolehkan kerajaan negeri menurunkan tarif elektrik untuk pengguna domestik, komersil dan perindustrian, sekali gus menjadikan Sarawak sebagai negeri paling rendah kadar tarif elektrik di Malaysia.

 

Link: Utusan Online

 

 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap