About SEDA Policies Net Metering Feed-in Tariff (FiT) Statistics & Monitoring EE Download & Media Directory Events & Trainings
ANNOUNCEMENTS
Jobs@SEDA - Deputy Director (Infrastructure and Administration)   13/09/2018
NEW TRAINING COURSE: "Operation & Maintenance of Biogas Power Plant Course"   02/08/2018
Jobs@SEDA - Audit Assistant – Internal Audit Unit   11/07/2018
Inaugural Town Hall Session: RE Industry With YB Puan Yeo Bee Yin, Minister of Energy, Technology, Science, Climate Change & Environment   05/07/2018
Reinstatement of Fees for Testing & Commissioning Witnessing for Solar PV under the Community Category   22/06/2018
Continuous Development Programme (CDP) for SEDA Malaysia Grid-Connected Solar PV Systems Design Qualified Persons (QPs)   25/04/2018
Guideline on Solar Photovoltaic Installation under Net Energy Metering (NEM) Scheme, 8th February 2018.   16/03/2018
Seminar on Energy Audit Conditional Grant (Commercial & Industry) under the RMK-11   15/02/2018


Home  »  Announcements


Tender SEDA(T)RFP-01/2018 - RFP Perkhidmatan Perunding Bagi Penyediaan Pelan Peralihan Tenaga Boleh Baharu 2050 (Renewable Energy Transition Roadmap 2050 – RETR) Untuk SEDA Malaysia
 

  1. Tawaran adalah dipelawa kepada petender-petender yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar di Malaysia, berdaftar GST dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah mana-mana kod bidang 340100, 340200, 340400, 340500, 340600, 340900 dan 341000.
  1. Butiran tender yang ditawarkan adalah seperti berikut:

NO. TENDER

PERKARA

KOD BIDANG

TARIKH

SEDA(T)RFP-01/2018

TENDER RFP PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI PENYEDIAAN PELAN PERALIHAN TENAGA BOLEH BAHARU 2050 (RENEWABLE ENERGY TRANSITION ROADMAP 2050 – RETR) UNTUK SEDA MALAYSIA

 

340100, 340200, 340400, 340500, 340600, 340900 dan 341000

Tarikh Iklan:
27 Februari 2018 (Selasa)
 
Tarikh Taklimat:
2 Mac 2018 (Jumaat)
9:30 pagi

Tarikh Tutup:
20 Mac 2018 (Selasa)
12:00 Tengah hari

  1. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan.
  1. Iklan Tender RFP boleh dirujuk di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) (www.kettha.gov.my). 
  1. Setiap Dokumen Tender RFP dijual dengan harga RM 53.00 (termasuk GST). Bayaran Dokumen Tender RFP hanya dalam bentuk wang tunai sahaja. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender RFP adalah pada 2 Mac 2018. Dokumen Tender RFP TIDAK akan dijual selepas dari tarikh tersebut.
  1. Taklimat berkenaan Tender RFP akan diadakan pada 2 Mac 2018 (Jumaat) jam 9:30 pagi bertempat di Dewan Auditorium, Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia, Galeria PjH, Tingkat 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
  1. Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat perlu diemelkan kepada Mohd Azmi Hamdan azmi@seda.gov.my dan Mohd Herwan Husain herwan@seda.gov.my sebelum atau pada 1 Mac 2018. Waktu pendaftaran adalah dari jam 9:00 pagi hingga 9:30 pagi.
  1. Kehadiran ke sesi taklimat adalah DIWAJIBKAN. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Petender yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender RFP ini. Bukti kehadiran adalah berdasarkan tandatangan dan pengesahan cop rasmi syarikat / petender di dalam Jadual kehadiran yang akan diedarkan oleh SEDA Malaysia. Setiap syarikat hanya dibenarkan menghantar dua (2) orang wakil yang terdiri daripada pengurusan atasan dan pakar mata pelajaran (subject matter expect). Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.
  1. Petender hendaklah menyertakan sesalinan dokumen sepertimana yang dinyatakan di dalam senarai semak yang terdapat dalam Dokumen Tender. Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Tender RFP ini adalah menjadi tanggungjawab petender.
  1. Cadangan Tawaran hendaklah di dalam Bahasa Inggeris dan perlu dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda dengan Tajuk dan No. Tender disebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar ke alamat seperti berikut:

           Jawatankuasa Pembuka Tender
           SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
           Galeria PjH, Tingkat 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

  1. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.
  1. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan dan SEDA Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kelewatan ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.
  1. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup tawaran tender adalah dianggap tidak berjaya.
 
Copyright © 2018 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap