About SEDA Policies Feed-in Tariff (FiT) Net Metering Statistics & Monitoring Download & Media Directory Events & Trainings
ANNOUNCEMENTS
Notis Tender : Membekal, Memasang, Mengkonfigurasi, Menguji dan Mentauliah Perisian Serta Perkhidmatan Aplikasi Sistem Perakaunan Berkomputer Berasaskan ‘Cloud’ yang Mematuhi Kriteria ‘Standard Accounting System For Government Agencies’ (SAGA   13/09/2017
Jobs@SEDA - Integrity Officer   12/09/2017
Perolehan Hijau: Tawaran Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Menulis, Merekabentuk, Mencetak Dan Membekal Majalah “Transitioning The Nation Towards Sustainable Energy Malaysia (TTNTSE)   11/09/2017
Quota Release for Biogas, Biomass and Small Hydropower on Thursday, 5th October at 10.00 a.m.   28/08/2017
Extension of Deadline for Solar PV Community Quota   25/08/2017
Workshop on Updates on Solar PV Programmes in Malaysia is open for registration   17/08/2017
Tawaran Penyertaan "Projek Sistem Pemantauan Solar PV Nasional dan Pengkalan Data" Kepada Pemegang Kelulusan Galakan (PKG/FiAH) yang Berminat (Kapasiti maksima 1000kW)   21/06/2017
Perolehan Hijau: Tawaran Sebut Harga bagi Perkhidmatan Menulis, Merekabentuk, Mencetak dan Membekal Majalah “Transitioning The Nation Towards Sustainable Energy Malaysia (TTNTSE)” untuk tahun 2017 dan 2018 bagi SEDA Malaysia   30/05/2017


Home  »  Announcements


Perolehan Hijau: Tawaran Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Menulis, Merekabentuk, Mencetak Dan Membekal Majalah “Transitioning The Nation Towards Sustainable Energy Malaysia (TTNTSE)
 
  1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat / pembekal yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tawaran ini diiklankan dan berdaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di bawah Seksyen 21, Akta GST 2014 untuk membekalkan perkhidmatan berikut:

NO. SEBUT
HARGA

TAJUK

KOD
BIDANG

TARIKH IKLAN
DAN
TARIKH  TUTUP

SEDA (SH)-
08/2017

PEROLEHAN HIJAU:
TAWARAN SEBUT HARGA BAGI
PERKHIDMATAN MENULIS, MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL MAJALAH “TRANSITIONING THE NATION TOWARDS SUSTAINABLE ENERGY MALAYSIA (TTNTSE)” UNTUK 4 ISU, (1) ISU DISEMBER TAHUN 2017 DAN (3) ISU (APRIL, OGOS DAN DISEMBER TAHUN 2018) BAGI SEDA MALAYSIA

221601,
221607
sehingga
221615

dan/atau

222004,
222008

Tarikh Iklan:
12 SEPT 2017
(SELASA)

Tarikh Taklimat:
15 SEPT 2017
(JUMAAT)

Tarikh Tutup:
22 SEPT 2017
(JUMAAT)

Masa:
12:00 tengahari

 

  1. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan bagi Perolehan Hijau: Tawaran Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Menulis, Merekabentuk, Mencetak Dan Membekal Majalah “Transitioning The Nation Towards Sustainable Energy Malaysia (TTNTSE)” Untuk 4 Isu, (1) Isu Disember Tahun 2017 Dan (3) Isu (April, Ogos Dan Disember) Tahun 2018 Bagi Seda Malaysia.
  2. Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) (www.kettha.gov.my). Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pembekal.
  3. Taklimat berkenaan Tawaran Sebut Harga ini akan diadakan pada 15 September 2017 (Jumaat), pada jam 10:00 pagi, bertempat di Auditorium SEDA Malaysia. Pembekal hendaklah membawa satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan Cop Syarikat semasa menghadiri sesi taklimat.
  4. Pembekal hendaklah menyertakan satu (1) salinan dokumen sepertimana yang dinyatakan di dalam senarai semak yang terdapat dalam Dokumen Sebut Harga.
  5. Cadangan Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan Tajuk dan No. Sebut Harga disebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau dihantar ke alamat seperti berikut:

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY (SEDA) MALAYSIA
Galeria PjH, Tingkat 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

  1. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima Cadangan Tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada Cadangan Tawaran.
  2. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.
Dokumen
Sebut Harga
TOR Borang Pendaftaran
Pembekal
Borang Maklumat
GST

 

 
Copyright © 2017 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap