About SEDA Policies Feed-in Tariff (FiT) Net Metering Statistics & Monitoring Download & Media Directory Events & Trainings
ANNOUNCEMENTS
Schedule for the Solar PV Community Quota Opening 2017   15/03/2017
Sebut Harga SEDA(SH)-02/2017 – Perolehan Hijau: Tawaran Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Menulis, Menterjemah, Merekabentuk, Mencetak Dan Membekal Laporan Tahunan 2016 Bagi SEDA Malaysia   10/03/2017
TAWARAN PENYERTAAN "PROJEK SISTEM PEMANTAUAN SOLAR PV NASIONAL DAN PENGKALAN DATA" KEPADA PEMEGANG KELULUSAN GALAKAN (PKG/FiAH) YANG BERMINAT (KAPASITI DARI 40KW SEHINGGA 1000KW)   03/03/2017
Kenyataan Request-for-Proposal (“RFP”) - Design, Develop, Supply, Deliver, Install, Test, Commission and Maintenance of a National PV Monitoring and Performance Database   24/01/2017
SEDA (SH)-01/2017: Perolehan Hijau: Tawaran Sebut Harga bagi Perkhidmatan Menulis, Menterjemah, Merekabentuk, Mencetak dan Membekal Laporan Tahunan 2016 bagi SEDA Malaysia.   09/01/2017
Q&A Compilation and New TOR for RETR 2050   21/11/2016
BENGKEL KADAR PENGURANGAN (DEGRESSION) BAGI SUMBER BIOGAS DAN BIOJISIM BERSAMA STAKEHOLDER   14/11/2016
Launching of eNEM online system for Net Energy Metering applications   31/10/2016


Home  »  Announcements


TAWARAN PENYERTAAN "PROJEK SISTEM PEMANTAUAN SOLAR PV NASIONAL DAN PENGKALAN DATA" KEPADA PEMEGANG KELULUSAN GALAKAN (PKG/FiAH) YANG BERMINAT (KAPASITI DARI 40KW SEHINGGA 1000KW)
 

LATAR BELAKANG 

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) akan membangunkan projek Sistem Pemantauan Solar PV Nasional dan Pengkalan Data di pepasangan sistem solar PV di bawah mekanisma Feed-in Tariff (FiT) yang terpilih.Tujuan utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem web portal dan pengkalan data dengan menyediakan platform pemantauan prestasi secara terus dari pepasangan solar PV di peringkat Nasional. Projek ini yang akan melibatkan sebanyak 120 pepasangan solar di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah dijangka bermula pada Mei/Jun 2017 dan diselesaikan pada Q2 2018. 

 

KRITERIA PEMILIHAN

  • Pemegang Kelulusan Galakan (PKG) di bawah mekanisma Feed-in Tariff (FiT) 
  • Kapasiti pepasangan solar PV dari 40kWp sehingga 1000kWp
  • Penyertaan tertakluk kepada first come first serve basis
  • Pemilihan sistem adalah tertakluk kepada SEDA Malaysia

 

MANFAAT MENYERTAI PROJEK

Pemegang Kelulusan Galakan (PKG) yang terpilih untuk menyertai projek ini akan memperoleh manfaat seperti berikut;

  • Kos pemasangan peralatan hardware bagi sistem pemantauan PV termasuk di pepasangan PKG akan ditanggung oleh SEDA Malaysia;
  • Yuran langganan internet selama empat (4) tahun bagi kegunaan sistem pemantauan solar PV di pepasangan PKG akan ditanggung oleh SEDA Malaysia;
  • PKG boleh mengakses historical data dan laporan pemantauan bagi pepasangannya di webportal secara percuma, dengan ini prestasi pemasangan berbanding sistem-sistem lain dapat dikenalpasti; dan
  • Segala maklumat dan data peribadi PKG dianggap sulit dan tidak didedahkan kepada umum di dalam webportal sistem ini. 

 

BORANG PENYERTAAN

SEDA Malaysia memohon kerjasama daripada semua PKG yang berminat untuk memberi maklumbalas penyertaan projek ini dengan mengisi borang yang telah dilengkapkan seperti attachment di bawah sebelum 31 Mac 2017 (Jumaat). SEDA Malaysia akan memaklumkan kontraktor yang berjaya dilantik kepada pihak Tuan/Puan bagi tujuan akses dan perlaksanaan Projek.

 

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI

Sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai SEDA Malaysia iaitu;

a)     En. Mohd Amirshaifulrazain Abu Zaini di talian 03-8870 5856 dan email amir@seda.gov.my

b)     En. Mohd Idham Mohammad di talian 03-8870 5824 dan email idham@seda.gov.my

c)     En. Haniff Ngadi di talian 03-8870 5626 dan email haniff@seda.gov.my.

 

Surat & Borang Maklumbalas

 
Copyright © 2017 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap