About SEDA Policies Feed-in Tariff (FiT) Net Metering Statistics & Monitoring Download & Media Directory Events & Trainings
ANNOUNCEMENTS
Jobs@SEDA - Assistant Engineer (Feed-in Tariff)   18/01/2017
SEDA (SH)-01/2017: Perolehan Hijau: Tawaran Sebut Harga bagi Perkhidmatan Menulis, Menterjemah, Merekabentuk, Mencetak dan Membekal Laporan Tahunan 2016 bagi SEDA Malaysia.   09/01/2017
Jobs@SEDA - Assistant Director (Corporate Communication)   05/01/2017
Jobs@SEDA - Deputy Director (Renewable Energy Fund)   05/01/2017
Q&A Compilation and New TOR for RETR 2050   21/11/2016
BENGKEL KADAR PENGURANGAN (DEGRESSION) BAGI SUMBER BIOGAS DAN BIOJISIM BERSAMA STAKEHOLDER   14/11/2016
Launching of eNEM online system for Net Energy Metering applications   31/10/2016
BRIEFING ON NET ENERGY METERING (NEM) SCHEME (SABAH)   27/10/2016


Home  »  Announcements


BENGKEL KADAR PENGURANGAN (DEGRESSION) BAGI SUMBER BIOGAS DAN BIOJISIM BERSAMA STAKEHOLDER
 

Adalah dimaklumkan kepada Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan, Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia akan menganjurkan bengkel kajian kadar degression bersama stakeholder bagi mendapatkan maklumbalas serta kajian secara menyeluruh terhadap kadar Tarif Galakan (FiT) yang ditawarkan bagi sumber biogas dan biojisim.

Sehubungan dengan itu, antara objektif utama penganjuran bengkel  ini diadakan adalah bagi mendapatkan maklumbalas dan input terkini pembangunan kedua-dua projek dalam usaha untuk menilai dan menganalisa:

  1. Kebolehupayaan Pemegang Kelulusan Galakan (PKG) mendapatkan semula kos pelaburan permulaan (CAPEX) dan menerima pulangan yang munasabah;
  2. Kos operasi (OPEX) bagi setiap sumber TBB;
  3. Kecekapan pepasangan sumber TBB berdasarkan teknologi semasa; dan
  4. Faktor-faktor lain yang dirasakan berkaitan oleh SEDA Malaysia dalam menentukan kadar tarif semasa bagi sumber TBB.

Berikut adalah agenda program:

Masa

Agenda

9:00 – 9:30 pagi

Ucapan  alu-aluan dan Pembentangan oleh Ketua Pegawai Operasi

  • Seksyen 18 Akta TBB 2011 dan keperluan kajian kadar pengurangan
  • Kronologi kadar degression dari tahun 2011 dan 2014
  • Justifikasi cadangan kadar degression 2017

9:30 – 10:00 pagi

Coffee Break

10:00 – 12.30 tengahari

 

Pembentangan oleh Pemegang Kelulusan Galakan Biojisi

  • Kos  terkini bagi pembangunan projek Biojisim
  • Kekangan & cabaran
  • Cadangan kadar degression kepada SEDA Malaysia

Sesi perbincangan dan soal jawab

12:30 – 12:45 tengahari

Sesi Wrap up

12:45 – 2:00 petang

Makan Tengahari

2:00 – 4:30 petang

Pembentangan oleh Pemegang Kelulusan Galakan Biogas

  • Kos  terkini bagi pembangunan projek Biogas
  • Kekangan & cabaran
  • Cadangan kadar degression kepada SEDA Malaysia

Sesi perbincangan dan soal jawab

4:30 – 4:45 petang

Sesi Wrap up

4:45 – 5:00 petang

Penutup oleh Ketua Pegawai Operasi

Coffee break

SEDA Malaysia mengalu-alukan pembentangan seperti yang dinyatakan di dalam agenda program dan mengemukakan slides pembentangan kepada urusetia pada atau sebelum 16 November 2016 (Rabu) sebelum jam 12 tengahari

Terhad kepada dua orang sahaja bagi setiap syarikat. Pendaftaran adalah percuma. Sila daftar disini.

Sila hubungi Puteri Raizatul  Husna (puteri@seda.gov.my) atau  Suhana Ismail (suhana@seda.gov.my) di 03-8870 5800 bagi sebarang pertanyaan mengenai perndaftaran dan hubungi Siti Normahfuzah Roshimi (normahfuzah@seda.gov.my) 03-8870 5897.

 
Copyright © 2017 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap