About SEDA Policies Feed-in Tariff (FiT) Net Metering Statistics & Monitoring Download & Media Directory Events & Trainings
Events & Trainings
Event List
Check Booking
Trainings
GCPV Systems Design Course
GCPV for Non-Engineers
CDP Program for QPs
GCPV for Wireman & Chargeman
OGPV Systems Design Course
Solar PV Installation and Maintenance
EE & EM Training Program
Books for Sale
Photo Gallery
Quota Opening
Quota Opening 2016
Quota Opening 2015
Quota Opening 2014
Energy Demand Management


Home  »  Events & Trainings  »  Trainings  »  Solar PV Installation and Maintenance


Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid
 

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia – SEDA Malaysia) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 [Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia adalah untuk mentadbir dan menguruskan pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (Feed-in Tariff - FiT)  yang telah diberi mandat di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu (TBB) 2011 [Akta 725]. Di bawah akta ini, terdapat lima (5) sumber boleh baharu yang telah dikenalpasti dan memenuhi kriteria untuk dilaksanakan dan mendapat faedah dari mekanisma FiT iaitu biojisim, biogas, hidrokuasa kecil, solar fotovolta (PV) dan geoterma.

Teras Tiga (3) Polisi dan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Baharu Nasional, menjelaskan keperluan untuk mempergiatkan usaha pembangunan modal insan dalam industri Tenaga Boleh Baharu (TBB). SEDA Malaysia amat maklum terdapat keperluan yang kritikal untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pekerja tempatan dalam bidang solar PV bagi memastikan sistem yang akan dipasang adalah berkualiti, mematuhi piawaian yang ditetapkan dan dapat bertahan lama. Oleh yang demikian, SEDA Malaysia telah membangunkan kursus latihan Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta (PV) Tersambung Grid untuk meningkatkan kecekapan Penyedia Perkhidmatan solar PV tempatan.

Kursus ini akan diadakan di Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) dan Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara. Yuran adalah termasuk kos bahan pembelajaran (buku) dan makan & minum sepanjang kursus dijalankan. Walaubagaimanapun Yuran tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan peserta ke pusat latihan. 

Maklumat lanjut berkenaan kursus:

Sebarang pertanyaan berkenaan kursus ini, sila emailkan kepada: pvtraining@seda.gov.my atau hubungi:

i. Mr. David Khoo (solarpv@shrdc.org.my) di talian (603) 5513 3560 bagi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

ii. En. Zolkefli bin Abdullah (zolabmu@yahoo.com.my) di talian (604) 924 2200 bagi Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

iii. Pn. Norhaziati (norhaziati@kismec.org.my) di talian (604) 4414619/4414621 bagi Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

 

Jadual kursus bagi tahun 2016:

i. Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

No Kod Pengambilan Status
1 IMS16-01

TBA

-

ii. Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara

No Kod Pengambilan Status
1 IMA16-02

TBA

-
 

iii. Kedah Industrial Skills and Management Industrial Centre (KISMEC)

No Kod Pengambilan Status
1 IMK16-01

TBA

-
 

 

Buku Pemasangan dan Penyenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid kini dijual. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

 
Copyright © 2017 SEDA Malaysia. All Rights Reserved.
Terms and Conditions of Use Links Enquiry Contact Us FAQs Sitemap